KeHaDiRaN OrAnG BaRu

8:10 PTG

Salam teman2 blog.....

Hari ini saya mendapat anak saudara baru....Alhamdullilah adik suami telah selamat melahirkan seorang puteri di Hospital Tanjong Karang jam 6.00 pagi tadi. Kita sebagai emak saudara tumpang gembira bila semuanya sudah selamat. Adik dah selamat melahirkan, tunggu giliran kitalah pulak. Harap semuanya akan berjalan dengan lancar...bukan lamapun lagi sebulan je ..Insyaalah.

Nama baby pun belum sempat cari lagi...maklumlah sekarang ni agak sibuk sikit jadi banyak benda belum siap lagi. Malah keperluan untuk barang2 babypun masih banyak yang belum dibeli. Nak harapkan yang lama semuanya dah dibagi kepada orang lain.

Pening kepala bila fikirkannya....mungkin mulai minggu ni dah kena beli serba sedikit barang2 keperluan baby terutama yang penting2,jadi esok2 taklah gelabah sgt.Tapi beli serentak ni memanglah membebankan sebab terpaksa keluar bajet lebih sedikit berbanding kalau beli sedikit2. Walaubagaimanapun terpaksa beli juga sebab barang2 lama memang dah tak ada langsung....buaian budakpun suami dah buang...katanya kalau ada baby, baru belilah yang lain...aduh!!!!!

Hari ni rasanya nak balik Kg sekejap, disamping nak tengok anak perempuan kita yang duduk dengan Embahnya, boleh juga pergi melawat anak saudara baru. Lagipun esok kena pergi sekolah anak untuk ambil kad laporan kemajuan sekolahnya. Disamping itu, boleh juga berjumpa dengan cikgunya bagi menanyakan mengenai perkembangan pelajarannya di sekolah. Maklumlah tahun ni nak ambil peperiksaan UPSR...ibupun jadi gabra juga.

mengenai dengan kehadiran orang baru....insyaallah pertenggahan Ogos lahirlah lagi seorang umat Muhammad di dunia ini. Doa agar anak yang ku kandungkan ini menjadi anak soleh maupun solehah.

Bertambah anak bertambahlah perbelanjaan keluarga, tapi kita kena positif dan selalu mempercayai bahawa setiap orang anak ada rezekinya sendiri...dan orang yang ramai anak tidak akan papa kedana.....jadi jgnlah risau mempunyai anak yang ramai kerana Allah telah menetapkan rezeki kepada setiap anak2 kita.Anak2 nilah yang akan membantu kita di dunia maupun diakhirat nanti. Insyaalah.Yang pasti jaga dan didiklah anak2 kita dilandasan yang betul..insyaalah semuanya akan selamat.

Salam.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook