ReSePi PeKaSaM

8:24 PTG

Hai dan selamat bertemu lagi,
Hari ni rasa nak bagi resepi berasaskan ikan pekasam...tentu ramai yang mengemari masakan ikan pekasam yang akan membuat kita semua terliur untuk merasanya.

Masak Lemak Pekasam Pucuk Mengkudu

Bahan2nya

  1. 5 ekor ikan pekasam
  2. Seikat pucuk Mengkudu (direbus dan dipotong halus)
  3. 1/2 biji kelapa (ambil santan pekat)
  4. 10 biji cabai melaka (dibelah)
  5. 5 ulas bawang merah (dimayang)
  6. 2-5 cm kunyit hidup (ditumbuk halus)
  7. Garam/perasa secukupnya

Caranya

  • Didihkan santan, bawang, kunyit hidup dan cabai melaka
  • Masukan ikan pekasam dan masak hingga setengah masak
  • Masukkan pucuk mengkudu, garam dan perasa
  • Masakkan sedia untuk dihidangkan

Kerabu Pekasam Sepat Dengan Mangga Dan Pucuk Mengkudu

Bahan2nya
  1. 300gram ikan pekasam
  2. 23 biji mangga atau bacang muda
  3. 1 ikat pucuk mengkudu
  4. 5 tangkai cili kering
  5. 1/2 biji kelapa
  6. 10 gram belacan
  7. 20 gram bawang besar
  8. Sedikit garam dan bahan perasa

Caranya
  • Ikan pekasam di ambil isinya dan digoreng garing
  • Mangga dan pucuk mengkudu dimayang halus dan direndam dalam air garam. Toskan
  • Tumbuk cili kering, belacan dan kelapa parut hingga lumat
  • Bawang besar dimayam halus
  • Gaulkan bahan2 ini hingga rata
  • Masakan sedia untuk dihidangkan




You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook