JiWa KaCaU

1:15 PG

Assalamulaikum dan salam sejahtera,


Rasanya dah lama juga tak tulis blog...bukan apa, minggu lepas sibuk dengan kenduri di kampung dan menghadiri majlis perkahwinan saudara di Perak. Biasalah kalau cuti sekolah memang ramai yang ambil kesempatan untuk membuat kenduri. hari Ahad baru balik ke KL sebab Isnin dah mula kerja semula.

Tapi itulah risiko kalau travel jauh2 ni, tak semena2 dah turun darah sikit...pergi scan doktor cakap uri di bawah dan kena banyak berehat. Tulah jadi jiwa kacau sikit minggu ni. Harap tak ada apa2 dan insyaalah semua akan kembali ok. Bila dah sarat ni macam2 masalah timbul....hari tu kena darah rendah dan kini urilah pula tak ok....aduhhhhh....dugaan betul. Tapi apapun semua itu adalah dugaan yang harus diterima dengan tabah dan redha. Mungkin ini ujian Allah kepada hambanya.

Itulah, bukan senang dan jadi ibu dan bukan senang nak lahirkan seorang zuriat....tapi zaman sekarang masih ramai yang tak tahu bersyukur dengan pemberian Allah dan sanggup membuang bayi sesuka hati tanpa ada rasa bersalah. Kita ni bila ada masalah dengan kandung punyalah susah hati dan jiwa jadi kacau takut perkara buruk berlaku pada baby dalam perut. Entahlah tak tahulah nak cakap tentang dunia sekarang ini. Doakanlah saya dan baby dalam kandungan sihat dan selamat dilahirkan. Insyaaalah.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook