BuAh HaTi PeNgArAnG JaNtUnG

11:49 PTG

Salam teman2 blog...

Selalu bercerita tentang resepi dan hal2 masyarakat....apa kata hari ni cerita mengenai putera puteri ku yang menjadi pengarang jantung hati Ummi.


Anak Pertama Perempuan berumur 12thn..besar dah dan sekarang dah mula tumbuh sebagai gadis remaja. Biasalah budak remaja ni banyak kerenahnya....kadang2 pening kepala nak menangani segala soalan dan perangai mereka. Walaupun begitu sgt rajin tolong ummi buat susu untuk adik2. Tambahan pula dia seorang anak perempuan dan kini duduk dengan nenek di kampung.


Anak kedua dan ketiga lelaki....buah hati kepada ayahnya....seorang baru nak masuk 2 thn dan seorang lagi baru berumur 5 tahun. Kerjanya asyik bergaduh aje dua beradik ni.Rasa nak pecah rumah tu kalau dua2nya dah balik rumah....kadang2 meradang juga sebab balik kerja dah letih dan mereka berdua buat perangai...barang mainan    tok sah cakaplah..bersepah merata2....kalau disimpanpun boleh elok dalam  10 minit....lepas tu rumah jadi tongkang pecah balik....letih!!!!!!!!!tok sah cakaplah. Mulut kitapun jadi boleh tahan juga....mengalahkan tarzan dalam hutan. Agaknya mesti jiran sebelah dok tanya sendiri mengenai gelagat kita kat dalam rumah.

Tapi kalau dua2 tak ada...ummi dan ayah jadi orang bodohlah pulak....suami tengok kita dan kita tengok suami...sunyi sepi macam kampung di serang garuda....Jadi walau macamanapun anak2lah penghibur dikala suka dan duka. Semasa kecil aje sukar nak jaga tapi bila dah besar bila dah pandai bawa diri masing2...ibu bapa akan mula merindui gelagat2 mereka semasa kecil. Masa tu barulah terasa betapa sunyinya hidup tanpa gurauan dan bisingan suara anak2. Masa nilah kita harus menerima keadaan yang ada sekarang ini dengan gembira...biarlah letih tapi hati puas. Betul tak!!!

Tepuk Dada Tanyalah Selera masing.....

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook