KeJaM Oh KeJaM.....

9:31 PTG

Salam......


Sedihlah hati teman ni.....hari2 cerita pasal buang anak....rasanya dah berbuih-buih teman ni menulis blog pasal kes buang anak. Tapi semakin kita menentang perbuatan durjana ini semakin menjadi2 pulak perangai haiwan si manusia yang tak patut panggil manusia.

Hari ini masih lagi ada kes pembuangan bayi ....malahan dibuang di tepi jalan raya....apa nak jadi dengan bangsa ku ini....manakah mereka meletakkan maruah diri mereka. Sampai hati mereka melakukan pekerjaan tersebut. Apakah salah didikan ibu bapa sekarang kepada anak2 generasi baru. Dahlah berzina tu dijadikan makanan harian tanpa ada perasaan dosa yang membelenggu diri....bila terjadinya mengandung tanpa nikah, anak yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman kedua2 ibu bapa durjana. Kalaulah anak itu diberikan kepada aku, pasti aku bela atau kucarikan ibu bapa angkat yang mampu menjaga bayi tersebut dengan penuh kasih sayang. Inilah agaknya gambaran Allah mengenai manusia yang hidup di akhir zaman.

Lihatlah Kawan2 Ku Gambar Bayi ini : Apakah Perasaan yang ada dalam hati kita ? Adakah kita gembira, tertawa atau !!!!!!!!!!!! fikirkanlah.


"Ya Allah, ampunkan aku dan umat2mu ini ....janganlah kerana dosa dan kekejaman yang dilakukan oleh manusia lain, kami dibumiMu ini yang akan terima azab dan kutukan MU....Tunjukkanlah kepada kami jalan orang2 yang benar dan hindarilah kami dia azab api nerakaMu" Amin, amin Yarabula'lamin.

Wahai anak2 bangsaku......tingkatkan keimananmu dan jati dirimu.....usahlah diikut bisikan syaitan laknatullah....jadikanlah Al Quran sebagai pedoman hidupmu, agar hidupmu sentiasa dalam perlindungan Allah yang Maha Kuasa Tuhan seluruh alam. Jangan sampai Allah turunkan bala yang maha dasyat sekali kerana masa itu penyesalan dan taubat tidak berguna lagi.

Assalamualaikum......

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook