IsU-IsU TeRgEmPaR

7:08 PTG

Salam dan selamat pagi kepada semua teman2 blog....

Sehari dua ni agak sibuk kerana kesihatan tidak begitu baik...asyik berulang alik ke hospital je...jadi blokpun tak sempat nak tulis. Biasalah bila mengandung dah berumur ni..macam2 penyakit yang datang...tapi tetap tabah dan bersyukur dengan dugaan Allah. Bukan senang nak dapat pemberian Allah ni..orang kata bila kita diuji itu tandanya Allah masih sayang pada kita.

Kalau melihat kan isu2 berita kini, banyak sungguh isu2 sensasi yang timbul...dari isu politik, artis dan hiburan dan banyak lagi isu dan yang terbaru adalah isu membuli yang menyebabkan seorang penuntut di Sekolah tentera meninggal dunia...masyaAllah....tak tahulah nak jadi apa anak2 remaja kita ni. Kenapa mereka sanggup membuli rakan sendiri dan apa mereka anggap diri mereka itu. Sepatutnya bila masuk ke Akademik tentera perangai dan sikap adalah lebih baik dan bertanggungjawab tapi lain pulak jadinya.....apa mereka ingat mereka nak keluar dari sekolah tentera tu mereka nak jadi samseng agaknya...Dimana letaknya nilai2 murni dan sifat perikemanuasiaan pada diri mereka. Tidakkah ada perasaan bersalah dalam diri anak2 muda kita kita ini. Entahlah bila dingat2 rasanya nak masukkan anak2 ke sekolah agama yang lebih menekan soal2 keimanan kepada Allah dalam diri. Walaupun sekolah agama banyak yang telah diswastakan rasanya ibubapa harus menyimpan wang untuk menghantar anak2 ke sekolah tersebut. Bagi saya....tepuk dada tanyalah diri sendiri apa yang terbaik untuk anak2 dan jenerasi akan datang.

Itu belum lagi bercerita mengenai kejatuhan moral orang Islam....seks songsang semakin berleluasa....isu sekarang yang berlaku di negara Jiran mengenai artis yang merakamkan aksi ranjang mereka hinggakan tersebar ke seluruh dunia....dimanakah letakkan maruah dan iman sedangkan yang melakukannya adalah artis yang menjadi kegilaan peminat dan paling malang sekali mereka itu beragama Islam. Mereka2 inilah sebenarnya yang telah mejatuhkan maruah umat Islam dan mencemar kesucian agama Islam itu sendiri. Bagaimana pulak dengan artis kita di Malaysia? Entahlah apa lagi isu yang akan timbul selepas ini. Kita tunggu jelah...............

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook