CuPCaKeS

11:47 PTG



Salam teman2 blog.....

Apa kata hari ni kita berceloteh sedikit mengenai cup cake ....apa yang pasti sekarang ini setiap kali ada party ada kenduri kendara ramai yang memilih cupcakes sebagai cenderahati kepada para tetamu yang hadir. Cupcakes ini sangat cantik apabila kita pandai menghiasi cake tersebut dengan pelbagai warna asing dan corak bagi menimbulkan keasyikan kita melihatnya.

Cupcakes juga sudah mula di komisialkan dan menjadi antara bidang perniagaan yang berjaya. Ramai suri rumah yang mula belajar melalui class2 masakan dan melalui buku dengan harapan apabila sudah mampu dan pandai bolehlah kita memulakan perniagaan, mungkin buat pertama kali kita buat di rumah sahaja. Sekiranya perniagaan semakin maju kita boleh membuka kedai untuk memprosikan cup cake kepada yang lebih luas lagi.

Ok untuk tidak mengecewakan teman2....di blog ini saya selitkan sedikit resepi cupcakes yang mudah dan senang untuk dicuba oleh teman2 semua. Semoga sedikit ilmu ini mendapat manafaat berguna kepada semua.

Selamat Mencuba!!!!!!!!!!!!

ORANGE MOIST CAKE


Bahan-bahan :

240gm majerin
1 cawan gula caster
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan susu segar
5 biji telur
3 sudu besar Orange Sunquick
Parutan kulit sebiji buah orange

Cara-cara :

1. Putar majerin dan gula caster hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memutar pada kelajuan maksima.
3. Perlahankan putaran mixer. Masukkan tepung di selang-selikan dengan susu hingga habis.
4. Masukkan pati orange Sunquick dan parutan kulit orange.
5. Bakar pada suhu 175 darj cel selama 45 minit atau sehingga masak.

resepi cupcake Mudah


bhn2nya:


2 cawan tepung
2 cawan gula
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan susu
1/2 cawan butter
2 sudu teh esen vanila
2 biji telur


cara campur semua bahan kecuali telur dalam mixer, pada kelajuan rendah hingga bercampur rata. pastu pada hi speed selama 2 min. masukkan telur dan pukul lagi pada kelajuan tinggi selama 2 min. Masukkan dalam papercup dan bakar selama 15-20 min. sejukkan dan hias. maka terhasilah cupcakes coklat yang comel


Vanilla Cupcake


Sumber: Myresipi
Bahan-Bahan

150 g Butter
185 g Tepung naik sendiri
150 g Gula kastor
1/2 Sudu teh soda Bikarbonat
3 Biji Telur
1 Sudu teh Esen Vanilla
1 Sudu teh Ovelatte
Cara-Cara

1. Pukul butter dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen   
   vanilla
3. Masukkan Ovelatte
4. Masukkan tepung naik sendiri yang sudah 
   dicampur dengan soda bikarbonat dan telah
   diayak terlebih dahulu
5. Susunkan kertas kek cawan ke dalam acuan.
   Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
6. Bakar selama 10 minit dengan suhu 180 c

Buttercream


Bahan-Bahan

125 g Krimwell
125 g Butter
100 g Susu Pekat
40 g Gula Aising
1 Sudu kecil Esen Vanilla

Cara-cara

Putar semua bahan-bahan di atas hingga gebu, kembang dan putih.

Selepas itu,  bolehlah letak apa2 warna.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook