BeRitA sEdIH Di PaGi JuMaAt

6:43 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini hujan di pagi jumaat turun semasa aku dalam perjalanan ke pejabat....orang kata kalau hujan di pagi Jumaat tu adalah hujan rahmat.....tapi hati tersentak bila radio yang berputar di dalam kereta memberitahu mengenai seorang kanak2 lelaki mati akibat di dera secara seksual oleh manusia yang tiada iman didada. Kanak2 yang baru berumur 2 tahun telah menjadi mangsa dan korban dimana polis telah menahan ibu dan juga teman lelaki ibu kanak2 tersebut. Begitu juga air mata yang bergenang di kelopak turun bersama hujan diluar jendela.

Ya Allah apa nak jadi dengan munusia2 akhir zaman ini?....Hati ini benar2 terguris dan sedih mendengar berita ini....aku adalah seorang ibu tapi belum pernah aku memperlakukan anak2ku sedemikian rupa.Aku merasakan anak itu adalah anugerah yang paling berharga yang telah diberikankan Allah kepada hambanya...adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibubapa untuk memeliharan dan menjaga keselamatan anak2 dan bukannya mendera mereka. Dalam usia 2 tahun apa yang diketahui oleh kanak2 tersebut....

Sekarang ini perbuatan biadap ini semakin berleluasa di muka bumi Allah ini. Apakah kita sebagai masyarakat hanya mampu melihat dan menutup mata tanpa membuat apa2 untuk membantu agar perilaku keji di diberhentikan. Aku takut satu hari nanti Allah menurunkan bala yang maha hebat yang tidak mungkin mampu kita untuk menghadapinya...Ya Allah ampunkan umat2 mu ini dan jauhi kami dari azab seksaan MU.

Kepada pihak kerajaan, NGO dan pertubuhan2 sukarelawan yang ada di Malaysia, bantu dan carilah formula terbaik dalam menangani isu penderaan dan isu pembuangan bayi yang semakin menjadi2 dan tidak terkawal sekarang ini.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook