PeRaNcAnGaN MaSa DePaN

6:52 PG

Assalamualaikum.....salam sejahtera,

Hari ini cuti, tak ada apa nak buat..apalagi lepas bagi anak2 dan suami minum petang, tangan ni dah gatal nak menaip di blog...tajuk apa ye? Oklah dari kita bercerita tentang perkara yang bukan2 baik kita buka sedikit minda dengan bercerita tentang PERANCANGAN MASA DEPAN....

Artikel ni ada saya baca dalam risalah Buku Ibu dan Bayi yang saya perolehi semasa saya bersalinkan anak ke 3...masa tu saya di Hospital Besar Kuala Lumpur... Artikel ni bagus juga kita baca dan praktikan kerana ianya baik untuk tujuan masa depan kita sekeluarga.

Pernahkan anda mendengar pepatah popular ini, "Gagal untuk merancang bererti merancang untuk gagal" Dari mula bayi kita memulakan perjalanan hidupnya, anda tahu yang anda patut merancang masa depannya supaya ia akan menikmati hidup yang senang di kemudian hari.... Tapi ini bukan mudahkan? Tapi apa yang penting dan patut kita lakukan ialah kita hendaklah mula dengan awal dan berikan tumpuan yang cukup kepada perkara ini.

Lebih pendapatan, lebih simpanan

Mulakan dengan jumlah yang kecil ( mungkin RM 10, 50 atau 100 sebulan), dan tambahan jumlah ini apabila gaji anda naik atau ada lebihan pendapatan

Antara formula lain yang  boleh kita praktikkan ialah :-

Sedikit-sedikit lama-lama.......

Kata pakar, agar kita menyimpan sekurang-kurangnya satu perempat atau satu pertiga dari gaji bulanan, tidak kira berapa jumlahnya kita hendaklah ketepikan sedikit wang setiap bulan.

Pelaburan jangka masa panjang

Pelaburan kewangan anda pada pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang seperti pelaburan dalam Amanah Saham berasaskan ekuti dan akuan matawang asing dapat memberikan pulangan tiinggi.

Pelan Simpanan Pelajaran

Terdapat banyak simpanan pendidikan yang menawarkan kadar faedah yang lebih tinggi dari kebanyak akaun simpanan bank. Tambahan lagi ia dilengkapi dengan premium yang boleh dipotong cukai dan juga nilai tunai bebas cukai.

Anda hendaklah mencari pelan yang dikaitkan dengan insurans untuk mencapai objektif kewangan anda agar sumbangan premium tidak lagi perlu dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami hilang upaya.

Itulah sedikit tip2 berguna yang dapat saya kongsi bersama dan semoga anda semua mendapat manafaat demi perancangan masa depan anak2 anda.

wassalam.


You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook