MeNjAnA PeNdApAtAn Di RuMaH

8:32 PTG

Assalamualaikum....salam sejahtera

Hari ni dah hari Jumaat...seronoknya esok dan ahad cuti...boleh berehat dan bersantai2 dengan keluarga kat rumah. lagipun esok kakak dan emak akan datang bertandang kerumah jadi tengah pening kepala memikirkan apakan masakan yang ingin dimasak untuk tetamu2 terhormat tu....

Sebelum terlupa, semalam saya ada membeli  senaskah buku yang di tulis oleh seorang kawan baik......melihat dari tajuknya amat menarik untuk dibaca terutama kepada sesiapa yang berminat untuk bekerja dari rumah dan tak payah bangun pagi2 macam saya nak pergi ke tempat kerja.

Tajuk Buku yang ditulis oleh teman saya Puan Masayu Ahmad ialah "JANA RM DARI RUMAH".....kupasan dari buku itu adalah mengenai persediaan bekerja melalui kaedah 4W + H

Antara kupasan yang perlu anda baca dan fahami adalah:-

1. Analisis sama ada memilih untuk bekerja atau mengusahakan bisnes

2. Kaedah mengenal pasti persediaan bekerja dari rumah melalui kaedah 4W+1H iaitu apa, bila, di mana, siapa dan bagaimana

3. Asas-asas persediaan dan penyelidikan sebelum bermula bekerja dari rumah

4. Testimoni yang sudah sukses bekerja dari rumah

5. Rangkaian yang perlu anda dampingi sebagai penyokong usaha bekerja dari rumah

Itulah sedikit sebanyak kupasan dalam buku tersebut dan sesiapa berminat boleh beli dengan harga yang murah RM 15.00 sahaja...bagi saya  ilmu itu adalah lebih mahal sekiranya ingin dibanding dengan nilai RM 15.00. Manalah tahu sekiranya esok2 kita dah jemu bekerja makan gaji dan hendak bekerja sendiri tanpa meninggal rumah, buku ini mungkin boleh membantu anda semua untuk menyiapkan diri dari pelbagai aspek.

Beli ye jangan tak beli...rugi kalau tak baca...bukan nak promote buku kawan2 tapi apasalahnya kita menambahkan pengetahuan bukankah umat islam digalakkan menuntut ilmu hingga ke negara china dan sehingga ke akhir hayat....fikir2kanlah wahai teman2 sekelian...

oklah teman nak chau dulu...panjang umur ketemu lagi.....chau chin chau!!!!!

You Might Also Like

1 ulasan

  1. wah, tima kacih sudi promote buku ambo, baca banyak kali sampai melekat ;D

    BalasPadam

SUBSCRIBE

Like us on Facebook