SeLaMaT HaRi GuRu

7:22 PTG

Assalamualaikum......Salam sejahtera.

Hari berganti hari.... Hari isnin kembali lagi dan kita kembali bertugas seperti biasa setelah bercuti selama 2 hari......"SELAMAT HARI GURU"......semalam sibuk meneman anak2 membeli hadiah untuk guru2 di sekolahnya....Ini sahaja sumbangan dan ingatan yang dapat diberikan kepada guru2 yang telah banyak berjasa mendidik dan menyumbangkan usaha untuk memajukan murid2 untuk menjadi manusia yang berjaya satu hari nanti....

Zaman telah berubah.....dulu susah nak bagi hadiah pada guru kerana pendapatan keluarga hanya cukup untuk makan dan urusan peribadi yang lain....Kalau nak bagi hadiah pada gurupun...terpaksa pecahkan tabung untuk membeli sedikit cenderahati kepada guru...Masa zaman saya dahulu dapat berikan seketul sabun wangi dan kotak tissue pun dah begitu gembira.....tapi lain dengan budak2 zaman sekarang....pilihan untuk cenderahati kepada guru banyak pilihan.....tambahan pula  ibu bapa sekarang berpendapatan yang agak tinggi berbanding dengan ibu bapa dahulu..jadi anak2 mewah untuk membeli apa2 yang mereka inginkan....sebagai ibubapa yang mampu tidak salah sekali sekali memberi kelonggaran kepada anak2 untuk membeli cenderahati kepada para guru kerana mengenangkan jasa guru itu adalah lebih besar dari hadiah yang diberi....yang penting anak2 gembira....

Apapun....saya ingin mengucapakan " SELAMAT HARI GURU' kepada semua guru yang ada di Malaysia....budi dan jasamu akan tetap dikenang, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.....

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook