LARI KE LOMBOK

7:20 PTG

Assalamualaikum......salam sejahtera,

Sejak Bulan Mei 2010 kita masih lagi digemparkan dengan kisah gadis lari ikut lelaki Indonesia ke LOMBOK......Tragedi gadis Malaysia lari mengikut orang asing ke LOMBOK sudah menjadi satu berita yang dah dianggap sensasi....Setelah apa yang berlaku, kita beranggapan bahawa bila mereka dah merasa kesusahan kehidupan disana mereka sudah merasa serik tapi itu tidak berlaku....semakin menjadi2lah berlaku kejadian yang dianggap memalukan ini.

Saya sebagai seorang wanita dan ibu tidak tahu apa sebenarnya yang dimahukan oleh anak2 dara kita sehingga sanggup meninggalkan keluarga dan sekolah...sepatutnya dengan usia yang masih muda mereka seharusnya memikirkan mengenai masa depan dengan mengulangkaji pelajaran....bukannya bercinta dengan lelaki yang lebih berusia dari usia mereka.....sungguh sedih dan pilu perasaan saya sebagai seorang ibu apabila anak yang kita kandung sembilan bulan dan diberikan pendidikan melakukan perbuatan keji sebegitu....

Antara kisah mengenai gadis Malaysia Lari Ke Lombok!!!!

Kes Pertama

Pada tarikh 18 & 19 Mac 2010 Akbar Utusan Malaysia melaporkan kes terbaru di mana Rosnah Abu Bakar, 20 dari Kulim Kedah, yang sudah menetap selama 3 tahun di Lombok, Indonesia, berjaya diselesaikan. Rosnah, bersama anak perempuannya berusia 14 bulan berjaya dibawa pulang kepangkuan keluarganya dengan bantuan Biro Pengaduan Pemuda UMNO.

Kes Kedua

 Nor Asniza Arbangi (atas kanan), 21 dari Muazam Shah, Pahang yang sehingga kini masih belum ditemui. Dia dikatakan lari mengikut seorang lelaki dari Mataram, Lombok Barat, Indonesia sejak 11 Novermber 2008.

Kes Ketiga

Akbar Kosmo 20hb Mei melaporkan setelah Siti Nor Azreen, 12, yang dibawa lari ke Lombok, Indonesia berjaya dibawa pulang pada 17 April lalu kini giliran Nurul Wahida Hamzah pula berjaya dibawa pulang ke pangkuan keluarganya di Malaysia.

Sebelum itu, wanita tersebut mengikut seorang buruh Indonesia yang dikenali sebagai  M. Yusup, 40-an, ke Pulau Lombok pada 2005. Sebaik tiba di Lombok, mereka berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki bagaimanapun meninggal dunia ketika berusia setahun tiga bulan akibat sesak nafas.Terdapat banyak kes dari Tahun 2007 hingga sekarang dimana gadis2 Malaysia yang  telah lari mengikut lelaki ke Lombok barat sehingga lah pada (20 Mac 2010) Utusan melaporkan Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bahawa terdapat kira-kira 500 wanita tempatan terjerat oleh ikatan perkahwinan dengan lelaki Lombok yang pernah bekerja di negara ini. Beliau seterusnya menggesa Kementerian Dalam Negeri membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok bagi mengelakkan lebih ramai gadis tempatan kahwin lari dengan lelaki wilayah Indonesia itu.




Dalam satu laporan,  Utusan Malaysia telah membongkar kisah mengapa lelaki Lombok gemar membawa lari anak gadis dari luar dan dibawa pulang ke perkampungan mereka untuk dinikahi. Laporan itu menyebut lelaki Lombok akan digelar sebagai ‘pahlawan terhandal’ sekiranya berjaya membawa pulang wanita yang berasal dari luar daerah Lombok.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia, Khairudin Harahap berkata, pegangan itu merupakan tradisi daripada nenek moyang Lombok yang menjadi keagungan masyarakat berkenaan. Katanya, jejaka Lombok sangat dikenali sebagai lelaki yang baik, penyayang, rajin dan berbudi pekerti malah mereka bijak menguruskan kewangan.

Sebab itu ramai anak gadis mudah terpikat dengan jejaka dari Lombok ekoran mereka tahu dan pakar dalam menambat hati para gadis di negara ini. Mereka tidak mengamalkan ‘ubat guna-guna’ atau bomoh, katanya lagi.

Dengan paparan ringkas ini sedikit sebanyak kita dapat memahami mengapa lelaki Lombok menjadi pilihan gadis-gadis Malaysia yang dianggarkan seramai 500 orang yang masih terjebak sepertimana laporan di atas. Sama ada usaha akan dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk membendung kegiatan ini dengan menyekat kedatangan lelaki Lombok ke negara ini untuk bekerja, masih jadi tanda tanya.

Dimasa yang sama kita berharap anak2 gadis kita ini berfikirlah sebelum membuat apa2 tindakan agar keputusan yang mereka buat itu tidak merosakan kehidupan masa depan mereka dan jangan hanya mengharapkan kerajaan sahaja menangani masalah ini. Orang kata jangan dah terantuk baru nak tergadah.....fikir2lah.....Wahai Puteri2ku.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook