LAyAn MaTa TaK MeNgAnTuK.............

10:01 PG

Assalamualaikum....Selamat Malam,

Malam ni tak rasa mengantuklah pulak...kalau tidak lepas isyak terus membuta, tambahan kalau 2 orang hero tu tidur awal..lagi cepatlah umminya membuat taik mata. Malam ni tengok cerita baru di TV3 ARJUNA...baru episod 1 jadi tak tahu le sedap ke tidak. Mula2 rasa nak jahit manik di baju tapi rasa MALAS pulak datang....buka laptop tulis blog lagi bagus.....

Malam ni bosan  sikit sebab hubby keluar jumpa kawan....selalunya kalau dia keluar, kita dah tidur jadi tak kisah le....hari ni mata pulak tak mengantuk...datang perasaan bosan. Apa lagi buka laptop dan layanlah apa yang patut...janji hilang rasa kebosanan.

Baca berita....tak habis2 dengan kes buang anak...hai bilalah agaknya manusia ni nak berubah menjadi manusia.....dah jadi perangai haiwanlah pulak...kesian dengan baby yang baru nak hidup....kerana dosa dan kealpaan sang ibu dan bapa durjana akhirnya meninggal dunia. Mana agaknya sifat kemanusiaan pada orang2 tersebut. Kalau saya jadi hakim, si durjana tu patut dihukum gantung sampai mati....masa tu baru nak insaf agaknya.

Terkejut dengar berita pasal serangan tentera israel keatas kapal yang dinaiki oleh para sukarelawan di perairan GAZA....syukur kerana rakyat malaysia terselamat. Salam Tahziah kepada yang terkorban...Insyaalah yang mati itu adalah golongan yang mati syahid. Kepada tentera israel...terimalah kutukan dan seksaan dari Allah nanti. Sebagai umat islam sama2lah kita mendoakan saudara islam kita di GAZA diberi perlindungan oleh Allah dan semoga mereka tabah dan dikuatkan iman menerima dugaan yang maha hebat ini. Kepada para perjuang  yang terkorban, kita sedekahkan Al fatihah semoga roh para shuhadah ini ditempatkan di tempat orang2 yang beriman.Al Fatihah.....

Oklah malampun dah larut....temanpun nak melabuhkan tirai coretan untuk kali ini...insyallah jumpa lagi...Chau Chin Chau.....Assalamualaikum.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook