ReSePi TeRaTakFiZaH

6:55 PTG

RESEPI KEK COKLAT

Untuk Hari ini saya ingin berkongsi resepi membuat kek coklat dengan anda semua......Resepi yang terdapat didalam blog ini ada yang diperolehi dari kawan-kawan dan juga dari blog rakan-rakan di alam maya.....semoga anda semua berminat untuk mencuba seterusnya dengan kepandaian anda nanti membolehkan anda semua menjana  serta meningkatkan pendapatan keluarga anda.......
















Kek Coklat Sedap



Bahan-bahan ( 1 keluarga )
• 3 cawan tepung gandum
• 1 cawan koko
• 1 sudu kecil baking powder
• 1 sudu kecil bikarbonat soda
• 1 1/2 cawan gula pasir
• 250gm mentega
• 1 1/2 cawan susu cair
• 3/4 cawan minyak mazola
• 1 cawan air masak
• 3 biji telur
• 1 s.t esen vanilla


• =============================


• untuk topping: susu cair (lebihan drpd kek) cooking coklat


Cara-cara


  • 1. Tepung gandum diayak bersama koko, baking powder dan bikarbonat soda.
  • 2. Gaulkan gula dan mentega (boleh menggunakan tangan) kemudian masukkan      minyak mazola, bahan2 yang diayak, susu cair, air, telur dan esen vanilla. Kacau rata.
  • 3. Bakar pd suhu 180 drh celcius selama 45 minit.
  • 4. Untuk topping: Masak susu dan kemudian masukkan coklat. Kacau hingga cair
Resepi Ke 2:
KEK COKLAT KUKUS ZAIIMA



Sumber: Zaiima
















Bahan A


1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/mentega cair
1 cawan gula castor
1/2 cawan susu pekat manis


Bahan B


  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh serbuk penaik
Bahan C


  • 3 biji telur
Cara-caranya



  • Semua bahan A dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan sebentar sehingga gula larut. Tutup dan sejukkan bahan ini.

  • Pukul bahan C hingga kembang. Masukkan ke dalam bahan A. Kaup balik hingga bahan C bercampur serata dengan bahan A.Tepung gandum + soda + serbuk penaik dicampur dan diayak. Kemudian sedikit demi sedikit masukkan ke dalam adunan coklat tadi sambil dikaupbalikkan hingga serata.

  • Tutup bekas kek dengan aluminium foil - untuk mengelakkan air dari menitik ke atas permukaan kek. Kukus selama 1 jam @ sehingga kek masak.
TOPPING COKLAT


Sumber: Kak NoorMasri

Bahan-bahan:


  • 250 g coklat masakan } potong kecil2
  • 1 sudu besar majerin
  • 130 ml double cream atau whipping cream
  • sedikit gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional
Cara membuat: Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian masukkan majerin, gula & cream Kacau sehingga sebati. Curahkan atas kek kemudian ratakan Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secara melintang dan menegak selang seli.

Untuk hari ini.....cukup dahulu 2 resepi kek coklat yang sedap untuk di cuba oleh anda semuanya.....di lain masa akan saya coretkan beberapa lagi resepi yang sedap dan mudah untuk dibuat.      SeLaMaT MeNcUba!!!!!!!!

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook