Rss Feed Facebook Twitter Google Plus

post:


MUTIARA KITA

-"CINTA itu indah jika kita tahu menghargai"Cinta adalah kekuatan yg mampu mengubah duri jadi mawar mengubah cuka jadi anggur mengubah sedih jadi riang mengubah amarah jadi ramah mengubah musibah jadi muhibah.

Selasa, 11 Mei 2010

LaWaTaN DaN PeMeRiKsAaN IbU MeNgAnDuNg

Assalamualaikum....dan salam sejahtera........


Hari ini saya cuti 1/2 hari pada sebelah pagi kerana ada ada temujanji dengan doktor disamping membuat pemeriksaan kandungan yang telah masuk ke 6 bulan di klinik kesihatan Merbau Sempak....insyaallah pertengahan bulan 8 nanti maka akan lahirlah seorang lagi umat Muhammad s.a.w kedunia ini. Harapan dan doa agar zuriat yang lahir ini akan menjadi insan soleh maupun solehah...insyallah..

Alhamdullilah zuriat yang lahir ini adalah anak keempat saya .....memandangkan telah banyak kali berpengalaman mengandung, maka ingin saya kongsi sedikit pengetahuan terutama kepada anda yang baru dan pertama kali disahkan hamil mengenai bilakah masa sesuai untuk membuat pemeriksaan pertama anda ke klinik kesihatan ataupun dimana2 sahaja pusat rawatan samada di hospital kerajaan ataupun swasta.....



Pemeriksaan bulanan ibu mengandung~

Lawatan Pertama

Memastikan serta mengesahkan kehamilan. Biasanya doktor akan terus memberikan due date atau tarikh anda akan dijangka bersalin. Biasanya kalau anda tidak dapat memastikan bila tarikh akhir haid, ujian ultrasound akan dilakukan untuk memberikan jangkaan bersalin yang lebih tepat.

Lawatan Kedua

Biasanya selapas minggu ke 12 kehamilan, doktor akan memeriksa uterus @ bayi dalam kandungan anda yang sedang membesar bagi menentukan samada bayi anda membesar secara normal atau tidak. Masalah utama kebanyakan ibu pada masa ini ialah loya, muntah-muntah serta sering pitam.

Lawatan Ketiga

Biasanya usia kehamilan masuk minggu ke 20. Selain pemeriksaan asas, anda akan menjalani ujian PIH (Pregnancy Induced Hypertension) iaitu pemeriksaan terperinci untuk melihat kesihatan ibu. Ujian-ujian tersebut termasuklah:

Air kencing

Tekanan darah

Berat badan

Ujian darah (diambil dari vena pada lengan ibu)

Ultrasound (mengesan masalah kecacatan bayi dalam kandungan)

Lawatan Keempat

Usia kehamilan masuk minggu ke 24. Ibu akan menjalani ujian asas berikut:

Air kencing

Tekanan darah

Berat badan

Lawatan Kelima

Usia kehamilan masuk minggu ke 28. Selain pemeriksaan asas, ibu akan diberikan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Pertama. Ini adalah bertujuan untuk membantu ibu hamil membentuk antibodi yang cukup untuk melindungi dirinya dan bayi daripada kuman yang mudah dijangkiti sebagai contoh melalui luka dan sebagainya.

Lawatan Keenam

Usia kehamilan masuk minggu ke 32. Pada masa ini ujian asas dan suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) Kedua akan dilakukan ke atas anda.

Lawatan Ketujuh

Usia kehamilan masuk minggu ke 34. Ujian ultrasound akan dilakukan bagi memastikan kedudukan kepala bayi, uri, berat serta saiz bayi.

Lawatan Kelapan Dan Seterusnya Lawatan Seminggu Sekali

Dan seterusnya anda perlu lakukan lawatan seminggu sekali sehingga hari bersalin tiba.

Sumber:Forwarded Email


Semoga sedikit panduan ini memberi manafaat berguna kepada ibu-ibu yang baru merasai nikmat mengandung....sekian..wassallam.



Share This :

0 ulasan:

Catat Ulasan

Blogger templates