HaFiZ HaShIm WiRa MaLaYsIa

9:34 PTG



Assalamualaikum....dan salam sejahtera,

Alhamdullilah kerana masih berkesempatan mencoret berita2 terbaru yang boleh kita kongsi bersama. Pagi ni agak ceria sedikit.....bukan apa, semalam hati berdebar2 bila melihat pasukan badminton Malaysia berentap dengan pasukan Denmark.....tapi alhamdullilah dengan sokongan padu dari jutaan rakyat Malaysia akhirnya Malaysia berjaya dalam misinya untuk menempatkan diri ke perlawanan Separuh Akhir. Tahniah kepada pasukan badminton kita....terutama kepada Hafiz Hashim kerana menjadi wira Malaysia dengan menyumbangkan  mata ketiga seterusnya melayakkan Malaysia untuk terus berjuang demi merampas kembali Piala Thomas yang diidam2kan sekian lama....

Apa yang kita dan rakyat Malaysia harapkan, pemain2 kita akan terus menunjukkan prestasi yang lebih cemerlang lagi untuk menundukkan gergasi badminton dunia iaitu Pasukan China......"Slogan Malaysia Boleh" akan membuktikan bahawa pasukan Malaysia mampu mara ke akhir seterusnya mampu untuk merampas kembali Trofi Piala Thomas. Sekiranya pasukan Malaysia terus kekal dengan prestasi yang baik dan di luar tekanan Insyaalah semuanya akan berjaya.....Hidup Malaysia.....

Sebagai rakyat Malaysia inilah masa yang dinanti2kan oleh semua .....tambahan pula pertandingan tersebut diadakan di negara kita.....inilah kesempatan yang patut diambil oleh semua rakyat disini untuk memberikan sokongan padu tanpa berbelah bahagi kepada pasukan badminton  MALAYSIA kerana perlawanan yang dijangka sengit ini akan menentukan keupayaan Malaysia dalam usaha mencapai hasrat negara membawa pulang Trofi Piala Thomas ke pangkuan kita. Walaupun China nampak terlalu mantap ketika ini, namun jika semangat 1992 mampu diserap, tidak mustahil negara tembok besar itu mampu ditumbangkan. Sekiranya kita berjaya ke perlawanan akhir tidak kisah siapakah lawannya samada Indonesia atau Jepun tetap akan kita hadapi dan tidak mustahil kita akan berjaya dengan misi kita Insyaalah.

Semoga Mentari akan menyinari Misi Pasukan Badminton Malaysia kali ini............Malaysia Boleh.!!!!!!!!!!Piala Thomas hak Kita!!!!!!!!!

Sekian untuk coretan kali ini.....bertemu di lain keluaran yang lain....

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook