CeLiK WaNg

12:10 PG

Assalamualikum...salam sejahtera,

Hari ni kita bincangkan pula mengenai CELIK WANG ataupun lebih senang cakap Pengurusan Wang Secara Bijak.....Agaknya apa yang anda semua faham mengenai tajuk ini....?

Pagi ni setiap unit di Ibu Pejabat dibekalkan satu buku yang ditulis oleh AKPK ataupun dikenali sebagai Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit....Buku ni dibekalkan kepada kakitangan untuk dibaca seterusnya memahami cara pengurusan wang secara bijak....

Apa yang saya faham dari buku ini " Bukan jumlah pendapatan yang anda peroleh yang menjadi persoalan, tetapi bagaimana anda membelanjakannya."

Inti pati lain mengenai buku Celik Wang ialah....Celik Wang akan membuka minda anda kepada perkara-perkara yang anda harus ketahui dari segi kewangan untuk menceburi pasaran pekerjaan yang bersaingan. Ia menerangkan apa yang harus dilakukan pada peringkat awal hidup agar anda dapat mencapai impian kewangan anda. Ia bertujuan mengurangkan kebimbangan kewangan anda dengan menyediakan petua2 berguna untuk mengurus wang serta merancang bagi masa depan. Di samping itu, ia juga mengajar anda cara menjalani kehidupan bahgia dengan menekan kepentingan menabung dan melabur untuk hari esok agar impian kewangan anda menjadi kenyataan.

Pada dasarnya, Celik Wang bertujuan membantu anda mengurus wang anda secara bijak. Saya beranggapan bahawa setiap dari kita harus memiliki buku tersebut.

Tambahan sekarang ini wang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia tidak kira di bandar ,didesa maupun dimana sahaja.....Tanpa wang manusia akan kehilangan arah, tanpa wang manusia akan mencari dan terus mencari dan tanpa wang manusia sanggup buat apa sahaja termasuk berhutang samada dengan bank, kawan maupun Ah Long...Sebab itu kita harus ada sifat untuk menabung untuk keperluan di masa hadapan....

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook