HaRi InI DaLaM SeJaRaH!!!!!!!!!!!!!!!!

6:33 PTG

Assalamualaikum.....dan salam sejahtera,

Hari ini topik apa yang ingin kita kongsi bersama.............pagi ni saya agak kelamkabut sikit. Anak lelaki saya tak pergi sekolah kerana sakit gigi....kesian kat dia, tapi tadi sebelum hantar ke rumah pengasuh saya telah memberi dia makan ubat tahan sakit. Kalau nak ikutkan anak lelaki saya tu bukanlah suka sangat nak ponteng sekolah walaupun hanya sekolah tadika PASTI tetapi sangat rajin kesekolah. Agaknya dia takut sakit di sekolah tu yang hari ni tak mahu pergi kesekolah. Tak apalah, saya pun kesian nak paksa dia jadi saya benarkan tak sekolah hari ini..........Suami  pulak hari ni sakit perut cirit  birit....tak tahulah anak beranak sakit....kalau umminya sakit lagi haru.....nasib baik yang si kecil tak buat hal...kalau tidak mahu pitam ummi dibuatnya...Alhamdullilah setiap penyakit yang datang tu adalah dari Allah...itu tandanya Allah sayang kat kita...ada masa sakit dan ada masa sihat...lumrah alam.

Sekarang ni kita kena jaga kesihatan....banyak sangat penyakit berjangkit yang melanda negara kita. Wabak HINI makin menjadi2 pula sekarang...Hari ini seorang guru disahkan meninggal kerana wabak penyakit ini.....Gejala penyakit ini agak sukar hendak dibendung sekarang...setiap hari kita dihadapkan dengan berita kematian akibat penyakit HINI...belum lagi ditambah dengan penyakit buang anak....SubhanalAllah....setiap hari ada sahaja kes buang anak...yang terbaru kes buang anak dimana mayat bayi lelaki ditemui tertanam di tebing Sungai Batu Berendam. Apa nak jadi dengan anak-anak bangsa kita....nak kata tak diberi pelajaran tidak juga....takan nak salahkan emak bapak 100%....agaknya dimana letakkan iman dan jati diri umat Muhammad di zaman ini. Inilah agaknya di panggil dunia akhir zaman. Sebagai seorang Ibu, saya sentiasa memohon dari Allah agar keluarga dan anak2 terhindar dari melakukan kejahatan semada yang kecil maupun yang besar...mohon ditunjukkan jalan yang lurus dan jalan orang-orang yang soleh dan solehah serta sentiasa mencari keredhaan dari Yang Maha Berkuasa..Insyaallah.. 

Hendaklah kita sentiasa bersabar dengan segala  ujian yang diturunkan oleh Allah kepada kita dan negara kita. Sentiasalah bermuhasabah diri dan mencari kesilapan diri seterusnya memperbaiki sebelum kita djemput olehNYa....Adalah kita telah cukup segala amalan???? Tepuk dada tanya hati dan iman !!!!!!!!

Sebelum berundur sentiasalah berdoa kepada Allah agar sentiasa menjadi seorang yang sabar menerima ujian dariNYa...


 Sekian dulu coretan untuk pagi ini...berjumpa di topik2 yang lain....Insyaalah.

You Might Also Like

1 ulasan

  1. bagus kak fizah, sudha maju jaya buat blog, pelan -pelan kayuh kak, nanti buat satu blog khusus untuk jualan

    ambil warna asas sahaja, jalan byk kaler2 sagt, saya dah buat pautan di blog saya

    moga terus sukses kak

    BalasPadam

SUBSCRIBE

Like us on Facebook