KeMbAlI BeKeRjA

12:49 PG

Salam, teman2 dan penulis blog.

Hari ini, 04hb Oktober 2010 saya dah mula bertugas selepas bercuti 2 bulan. Alhamdullilah bila dapat bertemu semula dengan rakan2 pejabat, Banyak juga perkara yang berlaku di pejabat sepanjang percutian saya...ada rakan2 yang telah berhenti dan mendapat kerja lain, ada rakan yang kehilangan ibu tersayang dan pelbagai aktiviti yang akan dan telah dijalankan oleh pihak Pejabat.

Kepada teman ku Animah Sarman, berbanyaklah bersabar dan terimalah takdir Allah dengan reda di atas kepulangan ibu tersayang ke alam barzah. Semoga roh ibumu di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman, Amin. Kepada teman2 yang memperolehi kerja baru, tahniah diucapkan dan berkerjalah dengan jayanya di tempat yang baru. Kepada rakan2 yang masih bekerja di pejabat ini, selamat bekerja dengan lebih gigih dan baik demi menjamin kesejahteraan organisasi yang amat kita cintai ini.

Kepada bayiku Nur Aisyah Humairah, selamat bertemu dengan pengasuh yang baru, jadilah anak yang baik, kepada anakku Nur Khalidah, selamat menghadapi peperiksaan dan semoga berjaya dengan cemerlang. Kepada Mohd Nur Hafizuddin selamat kembali ke dunia persekolah (PASTI) dan akhirnya kepada Mohd Nur Harraz selamat kembali ke rumah pengasuh dan jangan lagi menangis bila ummi dan ayah pergi kerja.

Dan kepada rakan2 dan pengunjung blog ini, tak terlewat nak ucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin walaupun hanya tinggal beberapa hari lagi syawal akan menutupkan tirainya. Insyaallah tahun hadapan kita bertemu lagi.

Apa yang pasti, percutian selama 2 bulan telah berakhir, kini tumpuan kepada kerja2 yang sedia menanti di pejabat. Semoga tahun ini semuanya baik2 berlaka.

Sekian....

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook