KeJoHaNaN SUKAIM

8:23 PTG

Salam....


Hari ini atlit2 sukan HQ dan juga Atlit dari wilayah2 di seluruh negara AIM akan berkampung di Bangi selama 3 hari bermula petang ini hingga Ahad. Majlis SUKAIM tersebut  merupakan sukan tahunan yang dianjurkan oleh Koperasi AIM telah menjadi SUKAIM tahunan bagi semua kakitangan AIM seluruh negara. Tahun ini, HQ telah menjadi tuan rumah kepada majlis sukan tersebut dan harapan kami kakitangan2 di HQ dan PKMB Kuala Lumpur, agar atlit2 yang terpilih menyertai kejohanan SUKAIM ini akan  meraih kejayaan besar terutama atlit HQ dan PKMB KL.

Petang ini majlis perasmian akan dijalankan di Institut Penilaian Negara (INSPEN) Bangi yang akan di rasmikan oleh Dato' Pengerusi dan kontijen2 SUKAIM bagi HQ dan PKMB KL akan diberikan pelepasan awal untuk persiapan terakhir petang ini. Seramai 64 kontijen dari HQ akan terlibat untuk SUKAIM kali ini dan diharapkan semua pemain2 akan memberi tentang hebat dan meraih kemenangan dalam kejohanan sukan kali ini.

Walaupun sedikit kecewa kerana tahun ini saya tidak berpeluang bersama2 rakan untuk memeriahkan kejohanan sukan ini tetapi saya tetap akan berdoa agar tahun ini HQ akan menang besar. Atlit2 HQ diharap akan bermain bersungguh-sungguh dalam semua kategori sukan yang dipertandingkan dan diharapkan tiada pergaduhan berlaku semasa bersukan kerana adat pertandingan ada kalah dan menang. Apa yang penting SUKAIM akan dapat memupuk semangat kerjasama serta setiakawan dalam suasana yang penuh muhibbah di kalangan pegawai dan kakitangan yang bersukan.

Kami kakitangan yang tidak hadir sentiasa mendoakan SUKAIM kali ini akan berjalan dengan sempurna dan untuk itu SELAMAT BERTANDING DAN SELAMAT MAJU JAYA....

Insyaalah minggu depan bolehlah saya 'apload'kan gambar2 di Majlis SUKAIM untuk tatapan teman2 blog.

HIDUP HQ

Wassalam.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook