BiSkUt RaNgGuP

11:28 PTG

Salam kepada teman2 blog.

Sebelum menyambut syawal baru2 ini, saya telah mempamirkan beberapa resepi biskut untuk tatapan semua terutama  kepada rakan2 yang ingin mencuba untuk  membuat biskut bagi menyambut syawal ataupun ada yang telah memulakan perniagaan dengan menerima tempahan membuat biskut raya sebagai tambahan duit poket. Kemungkinan besar ada rakan2 yang telah menerima habuan ribuan ringgit diatas usaha mereka membuat perniagaan ini. Apa2 pun diucapkan tahniah kepada yang berjaya membuatnya. Tidak lama lagi kita akan menyambut hari Raya Korban pula. Oleh yang demikian sekiranya ada yang ingin mencuba resepi baru di sini saya sertakan beberapa resepi biskut yang pernah saya cuba dan mendapat hasil yang baik walaupun saya membuatnya untuk makan sendiri. Kebanyakan resepi ini saya ambil dari blog teman2 lain. Tidak salah kalau kita berkongsi ilmu dengan rakan2 lain.

Resepi asal dari Alex Goh's Baking Series.

Biskut Green Pea


Bahan2Nya
[A]


160g Icing Sugar (reduced)300g Peanut (blended) or greens peas
180g Cake Flour

60g Plain Flour
1 Tbs Milk powder
1 tsp Baking powder


[B]


240ml Peanut Oil
Mix everything in [A] ,gradually add in oil until the cookies batter is able to roll into small ball.
The amount of oil depends on the quality of peanut. If using fried peanut, less oil required .I'm using roasted peanut.

* Sambutan Hari Raya Tahun 2009 saya ada membuat biskut ini dengan mengikut resepi asal dari Alex Goh's, alhamdullilah memang sedap.

TAT ROS













Bahan-bahan
3/4 cawan gula aising
1 cawan mentega
1 cawan tepung jagung
1 biji kuning telur
Sedikit tepung gandum ikut lembut
Jem sbg inti
Cawan kertas


Cara-cara
1. Putar gula aising bersama mentega seketika.
2. Masukkan kuning telur, putar lagi.
3. Masukkan tepung jagung, gaul sebati.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai.
5. Canai setebal 3/4cm, terap dgn acuan kuih bentuk bulat.
6. Sapukan jem di permukaan ciskut dan lipat dua.
7. Buat dua keeping dan cantumkan.
8. Masukkan ked lm cawan kertas sebelum dibakar hingga masak.

Biskut Dahlia.

Bahan 2nya
11/2 cawan butter.
1 cawan gula( kalau tak suka manis kurangkan skit)
1 biji kuning telor.
1 sudu teh asen vanilla.
1 cawan tepung gandum.
1 1/2 cawan tepung jagung.
1 1/2 cawan tepung kastard.


Caranya
Campurkan semua bahan, uli sampai jadi doh yg boleh diterap.
Guna acuan samprit yg berbentuk bunga.


Bakar 350f [170'C] selama 15-17 minute...


BISKUT GAJUS -




(resepi dari :Pn Norzailina Alaf21)
Bahan2nya
125 g mentega
40 g gula aising
5 camb mentega kacang halus (smooth peanut butter)
1 1/2 camb madu
180-200 g tepung gandum } diayak
1/2 camt soda bikarbonat }
80 g serbuk gajus

Cara2nya
Putar mentega, gula, mentega kacang dan madu hingga sebati. Masukkan bahan ayak dan serbuk gajus, uli perlahan menjadi doh. Canai antara 2 lapisan plastik dan terap dgan acuan pilihan. Atur atas tin pembakar berlengser dan bakar pada 180 C selama 15 min atau hingga masak.

Biskut Chocolate Chip Hazel Nut




Bahan-Bahan:
250gram Mentega
100gram gula castor perang
100gram gula halus
2 biji telur
1 tsp esen vanila
garam secubit
3 tbs tepung jagung
2 ½ cawan tepung gandum
100gram chocolate chip
100gram Kacal Hazel Nut (rendang & Tumbuk kasar)


Cara2nya:
Pukul Mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu per satu bersama esen vanila dan garam. Setelah itu pukul bersama tepung jagung. Campurkan Chocolate chip dan Kacang Hazel dan akhir sekali fold in tepung sehingga sebati. Griskan dulang dan letakkan adunan tadi menggunakan sudu makan besar dan bakar pada 180'C selama 10-15 minit.

Tambahan:
Panaskan oven terlebih dahulu sebelum memasukkan biskut ke dalam.


BISKUT AISKRIM FANCY



























Bahan-bahan ( 200++ pieces )
520gram mentega (nak campur marjerin pon boleh)
240gm gula ising
640gm tepung gandum
120gm tepung jagung
80gm tepung kastard
1 sk serbuk penaik
100gm badam (ape2 kacang pon boleh, panggang dulu barulah kisar)  pewarna kuning telur
coklat masakan dan chocolate rice untuk hiasan


Cara-cara :
Pukul mentega, gula ising dan pewarna kuning telur hingga kembang
Ayak semua jenis tepung bersama serbuk penaik, masukkan sedikit demi sedikit kedalam bahan yang telah dipukul tadi. uli hingga menjadi doh.
Canai setebal 0.5cm dan terap dgn acuan aiskrim dan bakar dengan suhu 175C selama 15 minit
Coklat dicairkan menggunakan kaedah double boil, tambah 1 sudu shortening untuk bagi coklat nampak berkilat
Sejukkan biskut sebelum dicelup kedlm coklat masakan yg telah dicairkan dan hiaskan dgn chocolate rice.

Diharapkan paparan kali ini dapat memenuhi citarasa rakan2. Semoga anda semua berjaya untuk membuatnya.

Sekian .Wassalam

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook