SaLaM TaKzIaH

11:26 PTG

Salam teman-teman blog...

Pagi ni balik ke kampung kerana mendapat berita kepulangan ibu saudara suami ke rahmatullah dalam usia 77 tahun. Mendapat panggilan telefon pada pukul 12.00 tengah malam tadi dan bertolak balik ke kampung (Tanjong karang) pagi tadi selepas subuh. Memang tidak terduga beliau akan pergi kerana baru aje berjumpa sempena hari raya tempohari hari. Kalau hari raya hari tu tidak berkunjung ke rumahnya memang saya akan rasa terkilan. Alhamdullilah kerana dapat memohon maaf dan berjumpa walaupun tak duga itulah pertemuan terakhir kami. Diharapkan roh Mak Tua akan ditempatkan di kalangan orang2 beriman. Alfatihah..

Kami sekeluarga mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Mak Tua dan berharap mereka tabah menerima ketentuan Allah. Ingatlah setiap yang bernyawa di dunia ini akan pasti jua kembali kepada Sang PenciptaNYA. Kita yang masih hidup perlu teruskan kehidupan ini sehinggalah saat kita pula dijemput Ilahi.

Amin. 

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook