KeSiAn KaWaNkU

10:33 PTG

Setiap hari perasaan kawan2 yg membawa kereta ke pejabat sentiasa menjadi gundah gulana. Bukannya apa, di tempat kerja aku. ruang letak kereta adalah terhad sangat kerana terpaksa berkongsi dengan pejabat2 yang lain. Sekiranya tidak  datang awal maka gigit jarilah untuk dapat parking kereta. Lantas terpaksa meletakkan kereta di bahu2 jalan kerana ruangan yang amat terhad itu. Kesian kat kawan2 saya.

Dan setiap kali seren dibunyikan oleh pihak pejabat, berduyung2 rakan pejabat berlari turun dari pejabat untuk melarikan kereta masing-masing dari disaman DBKL....dalam sehari hampir 3 - 4 kali pihak DBKL datang untuk menyaman kereta2 yang diletakkan di tepi jalan. Setiap hari, itulah rutin yang terpaksa dialami oleh rakan2ku. Kesian kat kawan2 saya.

Aku bernasib baik kerana pergi kerja - balik kerja di hantar dan diambil oleh suami, jadi bila seren bunyi , boleh buat dek je...kawan2 yang bawa kereta, pantang dengar, terus berlari turun...ada yg melarikan kereta, ada yang turun pi bayar duit parking dan bermacam ragam lagi..Kesian kat kawan2 saya.


Kadang2 tu nak marah juga dengan pihak DBKL ni...asyik nak menyaman je....kalau sekali sehari tu ok juga....ini tidak, kat kawasan tu 3 - 4 kali sehari datang...itu belum datang dari pihak polis lagi.....duit gaji habis bayar ke saman jelah. Bukan sengaja nak letak kereta macam tu, tapi dah tempat parking terhad sangat sedangkan pejabat kat situ banyak, bukan pejabat saya aje tapi pejabat dan bank2 pun banyak terdapat kat situ. Sebab tulah terpaksa berebut2 kalau tak dapat terpaksalah letak di bahu2 jalan. Kesian kat kawan2 saya.




Bilalah agaknya kami akan ada bangunan baru dan ada tempat parking kereta baru...supaya kawan2 tak menghadapi suasana itu lagi. Semoga satu hari nanti impian kami untuk memiliki bangunan pejabat dan tempat letak kereta untuk kakitangan akan termakbul. amin.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook