SeLaMaT HaRi RaYa AidIlFiTrI

8:22 PTG

Salam dan selamat Sejahtera kepada teman2 blog.

Pejam celik2, Ramadhan akan meninggalkan kita dengan datangnya pula syawal. Sayu rasa hati kerana Bulan Ramadhan akan pergi meninggalkan kita dan tahun depan kalau panjang umur akan bertemu kembali. Pada tahun ini agak sedih kerana bersalin pada bulan Ramadhan dan tak dapat bersama2 umat islam yang lain berpuasa walaupun hati gembira menerima orang baru dalam keluarga. Insyaallah kalau umur panjang tahun depan dapatlah berpuasa dan menjalani ibadah2 lain terutama sembahyang sunat Tarawih.

Lagi beberapa hari kita akan menyambut 1 Syawal, dan sempena kehadirannya saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin sekira selama berblog ini ada saya melakukan kesalahan dari segi tutur kata dan perkataan.

Kepada teman2 yang jauh perjalanan dan mahu pulang ke kampung, saya mendoakan anda selamat sampai ke destinasi masing2 dan harapan agar teman2 memandu dengan penuh berhemah dan sentiasa berhati2 dijalan raya. Kata  orang biarlah lambat sampai asalkan selamat sampai ke kampung dengan selamat. Ingatlah orang2 tersayang yang menanti kepulangan anda untuk meraikan hari2 yang mulia ini.

Kepada teman2 yang mengenali diri saya, datanglah bertandang ke rumah saya.....buat masa ini saya berpantang di rumah ibu saya di Ipoh. Kalau sudi datang beraya ke kampung saya.

Sekian, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook