PeRmAtA HaTi

1:03 PG

Salam teman2 blog.....

Seronok rasanya dah dapat bekerja semula...dapat bertemu rakan2 setelah 2 bulan duduk dirumah menjaga anak2. Kini anak2 dihantar ke rumah pengasuh manakala Hafizuddin dah mula pergi ke sekolah PASTI. Nampak gayanya diapun dah sedikit bosan asyik duduk dirumah dan tidak kesekolah. Si Harraz pula biasalah si mat kepit tu..asyik nak berkepit dengan ummi aje....hari pertama hantar memanglah melalak..tapi alhamdullilah masuk hari kedua dan hari ini ok je. Baby girl Nur Aisyah Humairah biasalah asyik tidur aje.....

Si kakak yang tinggal dikampung dah mula beraya kerana peperiksaan UPSR dah habis manakala peperiksaan sekolah agama juga dah habis...ummi aje yang risau ..apalah keputusan anakku ini. Harapnya berjaya dengan cemerlang. Bukan apa..si kakak ni sibuk nak masuk asrama bila masuk tingkatan 1...nak berdikarilah katanya, tapi sedia maklum, nak masuk ke sekolah asrama penuh ni mestilah mendapat keputusan yang cemerlang kalau tak gigit jarilah .....

Apapun, kepada permata2 hati ummi, jadilah anak2 yang baik dan soleh/solehah. Bagilah sejuk perut ummi mengandungkan kalian. Dengan pelbagai gejala sosial di kalangan anak2 zaman sekarang ini membuatkan hati perut ummi amat takut dan merisaukan. Semoga kalian menjadi anak contoh terutama kepada agama, bangsa dan negara.

Nur Aisyah Humairah



Nur Khalidah
Muhammad Nor Hafizuddin
&
Muhammad Nor Harraz


Buat Pengetahuan teman2 blog Inilah permata2 hati ummi....................


You Might Also Like

2 ulasan

  1. rindu kat anak2 maksu...
    nnt selalu2 la sebut nama eman dekat aisyah...takut nnt dia tak kenal eman...

    BalasPadam
  2. yg gambar bawah tu dah macam pendekar

    BalasPadam

SUBSCRIBE

Like us on Facebook