KaNsEr PaYu DaRa

8:32 PTG

Salam kepada teman2 blog....

KANSER...apa yang kita fikirkan bila perkataan itu muncul diminda kita......takut? gerun ? atau biasa aje! Tapi paling di takuti oleh wanita hari ini adalah gejala KANSER PAYU DARA. Kanser yang telah meragut beribu maupun berjuta nyawa wanita di seluruh dunia ini.

KANSER PAYU DARA ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan wanita, menyerang sekitar 10% semua wanita pada semua peringkat umur di dunia Barat. Walaupun usaha meluas dijalankan bagi pengesanan awal dan rawatan berkesan, sekitar 20% wanita dengan barah payudara akan meninggal disebabkan penyakit tersebut, dan ia merupakan bentuk barah kedua yang mengakibatkan kematian tertinggi bagi wanita..

Kajian Kementerian Kesihatan Malaysia pula menunjukkan kira-kira 94% kes yang dirawat di hospital kerajaan sudah ditahap paling kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya membawa maut. Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka mendapatkan rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan klinikal apabila sudah parah. Ini berbeza dengan negara maju di mana statistik di negara maju menunjukkan 80 hingga 85 peratus pesakit kanser payudara dapat menjalani kehidupan biasa setelah menjalani rawatan awal, berbanding hanya 58 peratus di Malaysia.
Mengetahui apa yang normal (dan tidak normal) pada payudara anda umpama menekan suis antara kematian dan kehidupan. Jika anda kenal dan arif dengannya, bukan satu masalah bagi anda untuk mengesan sebarang perbezaan yang tidak ketara, tetapi mungkin serius. Perubahan-perubahan yang berlaku mungkin boleh dilihat dengan mata kasar atau mungkin hanya jelas selepas beberapa bulan. Ia mungkin satu tanda awal kepada sesuatu yang lain di bawah permukaan payudara. Oleh yang demikian, sebagai wanita terutama kepada peringkat 35 tahun keatas, pemeriksaan harus dilakukan selalu.

Walaubagaimanpun bukan bererti golongan lebih muda tidak perlu membuat pemeriksaan, ini kerana kanser payu dara sebenarnya tetap akan menyerang sesiapa sahaja cuma peratusan golongan yang lebih muda yang menghidap penyakit ini adalah sedikit berbanding dengan golongan 35 tahun ke atas.

Seharusnya sebagai wanita yang mementing kesihatan, adalah perlu mengetahui tanda2 dan juga cara perawatannya. Pemakanan merupakan satu faktor yang ada kaitan dengan pencegahan, rawatan dan pemulihan. American National Cancer Institite telah melaporkan sebanyak 35% kanser mempunyai kaitan dengan pemakanan. Kaitan ini meningkat sebanyak 80% sekiranya ditambah faktor merokok dan kekurangan senaman. Kadar kanser payudara mempunyai sebanyak 50% kaitan dengan apa yang kita makan.


Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”. 


Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Kajian pemakanan penduduk telah menunjukkan pengambilan lemak tepu, protin haiwan dan makanan kurang serabut yang tinggi akan meningkatkan kadar kanser payudara. Lemak haiwan dan minyak kelapa merupakan sumber lemak tepu. Serabut hanya didapati daripada tumbuh-tumbuhan. Didapati bahawa apabila makanan seperti daging, keju, susu dan telur lebih dimakan, buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin dikurangkan.


Mulakan hari anda dengan memandang makanan sabagai sumber rawatan dan pencegahan kanser. Pilihlah makanan mengikuti piramid makanan. Dengan penglibatan mental dan rohani yang aktif, kanser payudara boleh diatasi. di samping itu, Kaedah Rawatan pula bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.


Wassalam.












You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook