LeTuSaN GuNuNg BeRaPi

1:25 PG



JAKARTA - Sebuah gunung berapi di Pulau Sumatera, Indonesia meletus buat pertama kali dalam tempoh 400 tahun semalam. Gunung itu mengeluarkan asap dan debu ke udara sekali gus menyebabkan ribuan penduduk bertindak menyelamatkan diri dengan meninggalkan rumah masing-masing.

Menurut beberapa pegawai, pemerintah Indonesia mengeluarkan satu amaran selepas Gunung Sinabung itu meletus dan menyebabkan kawasan di sekitarnya diselubungi asap hitam. Setakat ini tidak ada sebarang kecelakaan sama ada melibatkan kematian atau kecederaan dilaporkan kepada pihak berkuasa."Ia amat berbahaya. Justeru kami meningkatkan amaran ke peringkat paling tertinggi atau amaran merah," kata Ketua Pusat Amaran Gunung Berapi Indonesia, Surono."Dari kawah itu, gunung itu menghaburkan asap dan debu 1,500 meter ke udara," tambahnya.

"Pada mulanya, kami menganggap debu dan asap itu berlaku akibat hujan tetapi kini kami tahu tekanan yang menyebabkan ia berlaku adalah daripada magma," jelas Surono.Dia berkata, Gunung Sinabung yang setinggi 2,460 meter di utara Sumatera itu tidak pernah meletus lebih 400 tahun tetapi ia kini menunjukkan tanda-tanda letusan. Kira-kira 9,300 orang sudah dipindahkan dari beberapa buah kampung ke bandar-bandar termasuk di Berastagi dan Kabanjahe."Debu itu tersebar pada jarak sehingga 30 kilometer dari gunung berapi. Ramai penduduk kampung yang dipindahkan itu adalah petani," jelasnya. - AFP

KOSMO : 2 Nobember 2010


Laporan dari Utusan Malaysia melaporkan bahawa :

YOGYAKARTA 1 Nov. – Gunung Merapi di Indonesia terus menghamburkan awan panas dan debu awal pagi ini, ketika negara ini bergelut menangani lebih 65,000 penduduk yang dipindahkan akibat bencana gunung berapi dan tsunami.*

Seramai 38 orang telah terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera sejak ia meletup Selasa lalu, menurut Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan.

Pasukan penyelamat di daerah Boyolali, kira-kira 10 kilometer dari kawasan gunung berapi, menggunakan kenderaan, trak dan ambulans berpindah dari kawasan itu, meskipun terdapat beberapa penduduk yang kembali ke kampung mereka untuk memberi makan kepada haiwan ternakan atau melihat tanaman.

Media tempatan menyifatkan letupan hari ini yang berlaku pukul 10.10 pagi (11.10 pagi waktu Malaysia) sebagai yang terbesar sejak Gunung Merapi meletus minggu lalu, selepas empat tahun tidak aktif.

Gunung berapi ini mengeluarkan awan panas sejauh 4 kilometer menuruni cerun di bahagian selatan gunung dan debu menyelimuti perkampungan di Klaten dan daerah Boyolali di bahagian timur cerun Merapi, menurut Ketua Agensi Geologi Yogyakarta, Sukhyar.

Kerajaan mengarahkan pemindahan penduduk di daerah yang berada di lingkungan 10 kilometer dari kawah gunung berapi.

Sementara itu, pakar gunung berapi memberi amaran bahawa gunung berapi Anak Krakatau di negara ini memasuki satu tahap aktiviti baru, mengeluarkan asap kelabu dari laharnya sejak beberapa hari lalu.

“Kami meminta supaya nelayan dan pelancong tidak mendekati Anak Krakatau kerana ia sangat berbahaya,” kata Jumono, saintis di pusat pemantauan berdekatan.

Menurutnya, zon bahaya berada pada lingkungan dua kilometer dari lahar gunung berapi itu.

Pusat Pencegahan Bencana Geologi dan Gunung Berapi minggu lalu meningkatkan tahap berjaga-jaga ke atas Gunung Anak Krakatao yang terletak di Selat Sunda, antara Pulau Jawa dan Sumatera, dari tahap normal ke tahap dua

 Itulah dugaan yang Allah turunkan kepada hamba2nya yang redha dan dapat menerima ketentuan ALLAH itu dengan hati terbuka. Semoga mereka akan  melipatgandakan lagi keimanan & ketakwaan mereka walaupun sentiasa di uji dengan pelbagai bencana seperti stunami, gempar bumi dan yang terbaru, ledakan gunung merapi. Insyallah kepada mereka ini ada ganjaran yang lebih besar akan Allah kurniakan kepadanya tetapi kepada sesiapa yang masih tidak beriman kepada Allah dan menganggap musibah ini sebagai kecelakaan tanpa bermuhasabah diri tentunya seksaan yang pedih akan mereka terima.

Sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam, sama-samalah kita mendoakan saudara2 kita di Indonesia agar terus tabah menghadapi musibah ini dan mendoakan agar Allah memelihara mereka semua.

wassalam.




You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook