KaLaU BeRpAcAraN

11:32 PTG

Salam kepada teman - teman blog...

Pernah dengar lagu yang kini sering berkumandang di corong2 radio iaitu " KaLaU BeRpAcArAn" Nyayian penyanyi bersuara LELAKI- Sohaimi Mior Hassan dan Ana Raffali. Sedapkan?........Di pejabat saya, lagu ini dah jadi siolan dan tak kurangnya dijadikan bunyi telefon bibit.




Kepada teman2 blog yang masih belum mendengarnya, bolehlah mendengar lagu ini dengan "download" dari 'youtube' atau mana format MP3 kerana lagu ini adalah lagu baru penyanyi Sohaimi Mior Hassan......tapi apa yang pentingnya adalah lirik lagu ini yang saya rasakan amat baik dan sesuai dengan setuasi perhubungan antara lelaki perempuan sekarang yang sudah agak keterlaluan dan tidak lagi memegang kepada hukum agama. Walaupun lagu ini bukan lagu nasyid tapi liriknya berunsur kebaikan dengan menyeru agar dalam pergaulan ada batas2 yang perlu diikuti oleh pasangan2 yang sedang asyik bercinta.

Sebenarnya saya amat meminati penyanyi ini kerana beliau mempunyai suara yang amat sedap dan penuh kelakian seperti juga penyanyi Indonesia iaitu Mendiang Brorey Marantika. Di dalam dunia seni suara sekarang....tidak ramai penyanyi lelaki yang mempunyai suara sebegini kecuali yang masih aktif seperti Jamal Abdillah dan Latif Ibrahim. Apabila beliau mula kembali ke arena seni suara....lagunya kian meletup dan sentiasa berkumandang di stesen radio...itulah penanggan seorang penyanyi lama, walaupun telah lama berundur dari arena seni suara bila kembali, beliau terus bersinar dan diingati...ditambah pula gandingan dengan artis angkatan baru yang popular iaitu Ana Rafalli dan Altimet.Sohaimi Mior Hassan



Sohaimi Mior Hassan

Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang
Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang


Korus

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang


Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali

Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama
Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet

Yeah

Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah




You Might Also Like

1 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook