AiSyAh Oh AiSyAh

10:59 PTG

Salam kepada teman2 blog,

Alhamdullilah dipanjatkan kehadrat Allah kerana akhirnya aku berjaya juga mengadakan majlis Aqiqah dan majlis cukur jambul Nur Aisyah Humairah pada 23hb November bersamaan dengan hari Ahad lalu. Gembira rasanya bila berjaya melaksanakan tanggungjawab terhadap anak2 yang dianugerahkan oleh Allah dengan baik. Terima kasih kepada Cikgu faridah iaitu kakak sulung ku kerana mengizinkan kenduri tersebut dibuat dirumah dan berkongsi mengadakan kenduri tersebut. Khidmat jasamu akan dikenang sehingga hayat di kandung badan.


Kepada ahli keluarga ku yang lain iaitu Ibu tersayang, Pak Long sekeluarga, Pak Ngah sekeluarga, Mak Andak sekeluarga, Pak Su sekeluarga, Mak teh dan saudara mara yang hadir serta bersama2 bergotong royong memeriahkan majlis ini hanya ucapan TERIMA KASIH DAUN KELADI diucapkan, budi kalian akan ku kenang sampai bila2.

Kepada anak2 saudara yang bertungkus lumus menolong basuh pinggan dan menjadi penanggah, mak su ucapkan ribuan terima kasih kepada kalian dan semoga Allah sentiasa merahmati kalian semua. Besok bila masing2 nak kahwin, mak su pula menolong kalian.

Kepada anak2 ku, jadilah anak2 yang baik dan beriman. Doa ummi akan sentiasa meiringi kehidupan kalian di muka bumi ini.


Aisyah Humairah-Pengarang Jantung Ummi & Ayah

 
Harraz - Pengarang Jantung Ummi dan Ayah

 
Para Penanggah di Hari Kenduri




You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook