Ku TaK ReLa Di RoBeK!!!!!!!

11:22 PTG

Salam kepada teman2 blog.

Ha! mesti ada yang terkejut dgn tajuk kat atas tu ye...tapi awas! jangan fikir kepada yang bukan-bukan terutama di hari Jumaat penghulu segala hari. Maksud saya "tak rela di robek" adalah..jeng..jeng..jeng..

Hahaha!!!!! "Aku tak Rela Di robek" oleh Indonesia....apa macam sekarang...janganlah marah ye....teruskan pembacaan anda sehingga habis.


Kepada wira2 squad bola sepak kebangsaan Malaysia, rakyat Malaysia sangat2 mengharapkan anda bekerja keras merobek pintu gol Indonesia di perlawanan akhir piala AFF Suzuki2010 pada 26hb Disember 2010 bersamaan dengan hari Ahad.

Diharapkan pasukan kebangsaan sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menentang Indonesia malam itu. Sudah cukup lama kita menantikan saat2 untuk menguasai takhta tersebut walaupun ianya merupakan piala pertama dipertandingkan tahun ini dan diharapkan piala tersebut akan menjadi milik Malaysia.

Walaupun pada awal kejohanan tempoh hari kita kalah besar dengan Indonesia tapi itu tidak akan menjadi kudis bagi Malaysia untuk menjuarainya.Sokongan padu rakyat dan penyokong2 Malaysia akan menggegarkan stadium Bukit Jalil Ahad ini bagi menaikkan semangat pemain2 negara.

Kata orang Perak "Kejor Yop Kejor" jangan tak kejor....yang pasti tendang bola terus masuk gol Indonesia, kasi kaw..kaw punya...Boleh...Boleh...Boleh....Boleh..Malaysia boleh...Malaysia boleh.

Kami sebagai penyokong Malaysia mengharapkan para penyokong Malaysia yang lain akan bersikap baik semasa perlawanan malam itu...jaga tingkah laku dan perilaku diri kita agar tidak mendatangkan kemudharatan atau pergaduhan kerana ini akan memalukan negara kita. Bermainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi dan kalau ada penyokong Indonesia membuat provokasi...kita kasi bolayan...bersikap tenang dan profesional. Kalah menang adalah lumrah pertandingan.

Seperti kata Rajagopal, jurulatih pasukan Malaysia.." Saya akan ingatkan para pemain bahawa peluang sudah ada di depan mata ke final.Jadi kenapa ia dipersia-siakan. Saya mahu pemain turun dengan lebih yakin dan bersemangat pada perlawanan ini".

Kami rakyat Malaysia berharap skuad bola sepak kebangsaan dapat membawa pulang piala AFF ke Kuala Lumpur dengan jayanya dan dengan ini menamatkan tahun 2010 sebagai tahun yang cemerlang buat skuad bola sepak negara

sekian.Wassalam....."Selamat Berjaya"


 
Kemenangan besar Malaysia malam itu nanti akan memberi kita bekalan yang agak selesa semasa pertarungan kedua di Indonesia nanti.

Oleh itu, beramai2lah kawan2 dan teman blog pergi memberi sokongan padu kepada pemain2 Malaysia Ahad ini...tapi yang pasti walaupun berseronok di sana, kewajipan kepada yang Maha Kuasa jangan dilupa. Yang wajib harus didahului dan dengan berkat doa kalian nanti Insyaallah Malaysia akan menang bergaya malam itu.



You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook