Rss Feed Facebook Twitter Google Plus

post:


MUTIARA KITA

-"CINTA itu indah jika kita tahu menghargai"Cinta adalah kekuatan yg mampu mengubah duri jadi mawar mengubah cuka jadi anggur mengubah sedih jadi riang mengubah amarah jadi ramah mengubah musibah jadi muhibah.

Khamis, 25 November 2010

UbaT BuAsIr

salam teman2..

Minggu lepas balik dari kampung dapat info baru mengenai penawar penyakit buasir...tahu tak apa ubatnya? ha kalau nak tahu mari kita minum dulu........hehehe.

Sebenarnya saya tahupun sebab abang sulung saya ada mempunyai penyakit tersebut...setelah puas berubat, abang saya yang no. 2 telah memberi petua untuk menghilangkan penyakit tersebut dengan cara minum air rebusan nenas batu. Abang saya telah meminjamkan nenas batu tersebut kepada abang sulung saya dan Alhamdullilah setelah hampir beberapa hari minum air tersebut, penyakit abang saya beransur pulih.

Sebenarnya saya memang ada membeli ubat tersebut tetapi selama saya beli saya tak pernah guna kerana tak yakin dan saya tak tahu ubat tersebut boleh digunakan untuk penyakit tersebut. masa saya beli, beliau hanya memberitahu ia baik untuk kesihatan dalaman wanita...sebab tu saya takut nak guna. Hampir bertahun saya simpan nenas batu itu tapi tak pernah guna. Baru hari ini saya tahu khasiatnya. Insyallah selepas ini boleh saya guna untuk mengubat penyakit yang ada. Kat sini saya akan pamirkan gambar NENAS BATU untuk tatapan kepada teman2 yang tak tahu bagaimana rupanya benda ini.




Antara Khasiat Nenas Batu


1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.

2. Di dalamnya terkandung berbagai-bagai khasiat.

3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.

4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.

5. Melawaskan kencing.

6. Membantu melancarkan pembuangan angin.

7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.

8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah sembuh.

9. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.


CARANYA MENGGUNAKANNYA


1. Basuh sehingga cuci bersih.


2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.


3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).


4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.


5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat.


* Ia kembang kembali bila dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis dan boleh dibuang.


6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.


Peringatan: Wanita mengandung tidak di benarkan minum.


Segelas kecil sudah cukup untuk sehari (1x sehari) (minum byk2 takut panas!)


Harap dengan info ini, sapa2 yang ada penyakit buasir bolehlah pergi cari kat mana kedai ubat yang ada jual Nenas Batu ni... Insyaallah kalau dizinkan Allah penyakit tersebut akan sembuh dan pulih kembali seperti biasa. Setiap info yang berguna akan kita kongsi bersama demi kebaikan semua.


wassalam.
























Share This :

3 ulasan:

  1. mcm menarik..... sy de abg ipar yg buasir da teruk skang... agak2 mne bole dpt nenas batu ni?? harga die berape ye??

    BalasPadam
  2. murah je...cari kat kedai yang jual ubat tradisional..tak sampai RM 10.00

    BalasPadam

Blogger templates