OpAh Oh OpAh

7:51 PTG

Salam untuk teman2ku di blog hafizah-teratakdesa.

Dua hari lepas dapat berita gembira kerana anak saudara sulong telah selamat bersalin dan dianugerahkan dengan baby girl. Comel baby along ye...dan tahniah kepada abangku kerana telah dapat title 'Datuk' dan kepada aku sendiri tahniah kerana telah memperolehi cucu saudara. Sekarang ini anak2 saudara panggil Mak Su lepas ni kena panggil aku Opah Su. Oh dah tua rupanya aku ni ye!!!!!!!!! Horey!Horey!

Tak lama lagi anak2 saudara yang lain pula, kerana ramai yang telah dan akan berumahtangga.....dan insyallah akan dikurniakan cahaya mata. Bertambah besarlah delegasy OPAH NIK & ATOK ALI....tapi sedikit sedih kerana tok ali telah lama pergi..tak sempat menatap kehadiran cucu2 dan kini seorang cicit. Semoga Arwah Tok Ali tenang dan ditempatkan orang2 beriman disana amin. Alfatihah.

Kepada Along jagalah anak itu dengan penuh kasih sayang kerana pemberian Allah itu memang tidak ternilai harganya dan tak dapat di nilai dengan harta dan wang berjuta. Kepada aku sendiri......ingatlah dengan kehadiran cucu saudara ini melambangkan bertapa aku telahpun meniti usia...Pertambah  usia bukan sahaja mematangkan diri tetapi juga perlu bermuhasabah dan meningkatkan amalan kepada PENCIPTANYA.

Kehadiran yang ditunggu2....tengoklah si Atuk tu....lebih2lah pulak!!!!

Selamat Datang Kedunia wahai cucukujadilah anak yang solehan
 * Nama belum sempat diberi lagi.

Wassalam.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook