Kerosakan akhlak Remaja Semakin Parah

6:15 PTG

Salam kepada teman2 blog....semoga semuanya dalam keadaan yang baik dan sejahtera..Insayaalah.

Topik yang ingin dikongsi hari ini ialah mengenai kerosakan akhlak anak2 remaja kita sekarang ini. Setiap hari kita dilambakkan dengan pelbagai cerita negatif mengenai keruntuhan akhlak anak2 remaja kita dimana peratusnya semakin meningkat dari hari ke hari. Dalam hal ini siapakah yang perlu di salahkan...adakah Ibu Bapa? Kawan2 ataupun pemerintah negara? Siapa nak jawab persoalan ini.

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak meningkat remaja, gejala ini memang amat membimbangkan serta menakutkan bukan sahaja saya tapi semua ibu2 diluar sana. Apakah pendekatan terbaik untuk mengatasi masaalah ini?

Dalam Kosmo Jumaat lepas, kita di sajikan mengenai golongan remaja menjadikan ZINA sebagai kerja atau perniagaan seks. Remaja yang tinggal di kawasan flat kos rendah dikenal pasti antara mereka yang terdedah kepada perbuatan zina dan pembuangan bayi.

Seperti kata Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, LPPKN, Dr. Hamizah Mohd Hassan berkata, jarak rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain boleh mendorong kepada perbuatan keji itu.

Mereka lebih terdedah kepada gejala ini kerana tinggal berdekatan terutama semasa ibu bapa tiada dirumah dan keluar bekerja mengikut syif dan bekerja lebih dari satu pekerjaan.

Remaja hari ini menjadikan zina sebagai kerjaya kerana ianya mendatangkan pulangan yang hebat dan lumayan, malahan ada antara mereka masih dibawah umur iaitu antara 16-17 tahun.Gejala tidak sihat ini mendorong ramai remaja yang hamil luar nikah.

Disamping itu, berita lain menyebut Selangor mencatatkan kes buang bayi tertinggi berbanding negara-negara lain dari tahun 2004 hingga pada hari Khamis lepas, seperti yang diperkatakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau memaklumkan bahawa negeri Selangor mencatatkan sebanyak 147 kes daripada keseluruhan 571 kes yang direkodkan di seluruh negara.

Selain itu, berita utama untuk minggu ini mengenai remaja berumur 14 tahun dari Johor yang mati dibunuh dan seorang lagi remaja berumur 17 tahun yang hampir mati ditikam dan disimbah asid oleh teman lelaki. Kejadian ini dilakukan oleh remaja berumur 16 tahun dan 15 tahun, manakala remaja yang disimbah asid masih berumur 17 tahun dan semasa kejadian telah berbadan dua, dan lebih malang bayinya mati akibat tikaman demi tikaman oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Setelah meneliti kejadian2 sepanjang minggu ini, apakah perasaan kita..suka, duka, takut ataupun ?

Tepuk dada tanyalah hati....apakah tindakan yang perlu kita ambil untuk mengatasi masalah ini?

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook