2010 Melabuhkan Tirainya....

4:50 PTG

Salam kepada semua teman2 blog.....


Nampaknya tahun 2010 akan melabuhkan tirainya beberpa hari lagi dan kita semakin hampir memasuki tahun 2011. Seperti biasa tahun baru perlu disertakan dengan azam yang baru. Samada azam lama di bawa ke hadapan ataupun menukar seluruh struktur azam bergantung kepada keperluan anda semua. . Kini tahun 2011 perlu ditempuhi dengan sasaran yang berbeza. Agak2nya azam tahun lepas kita berjaya atau tidak melakukannya...
Untuk coretan kali ini saya akan berkongsi azam untuk tahun 2011 beserta dengan tindakan yang patut dilakukan. Mungkin ianya sedikit sebanyak membantu diri ini dan juga anda dalam menentukan hala tuju hidup di mukabumi Allah ini. Samada ianya mampu tercapai atau tidak hanya akan diketahui pada tahun 2011 itupun sekiranya umur kita masih dipanjangkan oleh Allah.

Setiap tahun kita akan menetapkan azam yang akan dilakukan pada tahun itu, azam yang dibuat mestinya kaw..kaw..belaka. Tapi adakah azam kita buat itu tercapai oleh kita semua...diharapkan kalau tahun itu kita menetapkan 10 azam, kalau tak berjaya semua separuh dari itupun jadilah...jgn langsung tak menjadi sudahlah ye.

Untuk tahun 2011 sudahkah anda menetapkan azamnya?....agaknya yang belum berkahwin berazam tahun ini melangkah ke gerbang perkahwinan, yang tidak berpunya akan sibuk dan menyibuk mencari calon2 yang sesuai, yang tidak mempunyai zuriat akan bertungkus - lumus berusaha untuk memperolehi cahaya mata dan banyaklah lagi azam yang ingin dibuat untuk tahun 2011...bagi saya setiap tahun memang  jiwa kita bersemangat dan berkobar2 menetapkan azam baru, cuma capai atau tidak sahaja dan kalau tak tercapai ianya akan di bawa tahun hadapan pula. Itulah yang terjadi setiap tahun.

Bagi saya, sesuatu perancangan hendaklah rasional dengan mengikut kemampuan diri sendiri. Kalau sudah merancang dan tidak mempunyai kesungguhan dalam melaksanakannya, apa yang diinginkan tidak akan terlaksana. Ini kerana terdapat segelintirnya yang bersifat hangat-hangat tahi ayam dalam memulakan apa-apa rancangan di tahun baru. Apa yang dirancangkan itu ada kalanya tidak berjaya kerana ianya melibatkan peruntukan kewangan untuk melakukan sesuatu.

Oleh itu, kita boleh di jadikan rancangan-rancangan tahun yang sebelumnya yang tidak mencapai sasaran dan ini boleh dijadikan asas perbandingan pada tahun 2011. Ia juga boleh dijadikan asas perbandingan untuk mencernakan pengalaman baru ataupun lebih cekal menghadapi tahun baru yang mendatang ini.Tidak kurang juga segelintir daripada kita tidak suka mempunyai azam baru. Mereka akan menempuhi apa jua yang ada di depan mereka. Ini mungkin kerana mereka berasa serik kerana apa yang mereka rancangkan tidak menjadi kenyataan dan sesetengahnya daripada mereka pula berpendapat, kita tidak perlu mempunyai azam dan tak perlu merancang apa-apa. Segalanya akan berlaku secara automatik dalam kehidupan kita.


Bagi saya yang sudah berkeluarga penting mempunyai azam. Dari azam kita akan mempunyai hala tuju. Azam yang kita inginkan itu sudah tentunya memerlukan kematangan daya fikir kerana ia melibatkan diri dan keluarga kita.

Dalam membina agenda kehidupan untuk dijadikan azam ini, saya dan juga ibu bapa diluar sana perlu melihat ke dalam keluarga masing-masing. Kita mungkin mempunyai anak-anak remaja yang memerlukan pemantauan tingkah lakunya. Budaya sosial yang terasa membiak sekarang ini seperti ponteng, merokok, buli, menagih syabu dan merempit tidak boleh dilepaskan kepada kerajaan semata-mata. Kita sebagai tonggakan keluargalah yang patut membuat pemantauan terhadap kelakuan anak2 remaja kita sekarang ini. Itulah rasanya azam yang perlu kita lakukan untuk tahun ini dan bukan berazam untuk mencari kekayaan semata-mata dalam hidup ini.

Penetapan azam tahun ini, rasanya saya perlu bermula di rumah terutama dalam meningkat diri dan keluarga dalam mendalami kehidupan islam sebenarnya. Kita mahu anak-anak kita mengenal agamanya. Tetapi, sejauhmanakah ibu bapa membantu anak-anak memahami dan melaksanakan tuntutan agama itu? Memadaikah dengan menghantar mereka ke sekolah agama di samping sekolah kebangsaan? Di rumah sendiri, berapa kerap ibu bapa mengajak, menyuruh dan membimbing anak-anak untuk solat, mengaji dan mengamalkan nilai-nilai Islam lainnya. Oleh itu kita sebagai ketua keluarga harus memantapkan diri dengan azam yang lebih relevan demi memastikan azam kita untuk mempunyai keluarga bahagia akan tercapai.

Sebagai orang Islam, al-Quran dan hadis adalah panduan kita. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah ia telah memeliharanya ataupun mensia-siakannya.” Sebagai ibu bapa, kita akan ditanya tentang tanggungjawab ini. Maka, komitmen kepada keluarga bukanlah satu pilihan, sebaliknya satu kewajipan. Maka, sikap kita terhadap keluarga perlu diperbetulkan.

kepada teman2 diluar sana, untuk azam tahun 2011 ini tetapkan hati anda untuk mencapai azam itu dengan sepenuh jiwa agar tahun2 seterusnya kita dapat membina azam yang lain pula kerana azam tahun terdahulu telahpun kita capai. InsyaAllah.

Wassalam.













You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook