KuMpUl SeTeM / SILiNg LaMa HoBi LuMaYaN

8:18 PTG

Salam teman2 blogs.....

Hari ini saya ingin berkongsi dengan teman2 mengenai satu hobi yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan. Hobi itu adalah MENGUMPUL SETEM. Selain pengumpulan setem, kini ramai yang berminat dengan mengumpul koleksi wang siling lama dan wang dari negara2 lain.

BAGI kebanyakan orang, setem hanyalah kepingan kertas kecil yang ditampal di bahagian atas sampul surat. Tetapi tahukah anda, bentuk dan tebukan pada setem mewakili zaman serta perkembangan sejarah sesuatu negara?

Kajian mengenai bentuk, jenis, warna, tebukan dan penghantaran pos ini dipanggil filateli. Setiap setem yang dihasilkan mempunyai cerita dan sejarah berkait rapat dengan pemerintahan dan teknologi pada satu-satu masa.

Kini semakin ramai orang mula mengikuti aliran untuk mengumpul setem termasuklah saya, suami, abang saya dan kakak saya. Kebanyakkan setem yang saya kumpul diambil dari surat2 yang dihantar ke office saya di samping bertukar-tukar dengan abang saya yang memang pengumpul setem dari kami kecil lagi.

Semasa kecil saya hanya peneman abang ke kedai untuk beli setem kat  kedai cina di Gunung Rapat. Bila dah dewasa dan bekerja saya mengumpul setem untuk suami. Tapi kini saya rasa terpanggil dan menjadikan ianya satu hobi baru saya untuk koleksi sendiri. Tambahan pula saya mendapat galakan penuh dari abang saya, Abang saya ni pernah bekerja sebagai posmen di Komplek Daya Bumi....walaupun kini dia telah berhenti dan menjadi guru, hobi yg dipupuk semasa kecil terus dipupuk. Memandangkan beliau pernah bekerja di Pejabat Pos ini memudahkan dia membeli setem2 keluaran terbaru untuk saya, yang  penting sediakan ongkosnya je...manakala setem yang lama masih tersimpan elok dalam simpanan saya.

Hobi ini saya rasa amat berguna satu hari nanti terutama kepada generasi akan datang. Kalau seseorang itu memang berminat dengan hobi ini....mungkin hobi ini bukan sekadar hobi semata tetapi aktiviti ini akan memberi pulangan yang besar dan lumayan kerana semakin ramai orang yang sanggup membeli setem2 lama dengan harga yang mahal. Selain untuk simpanan peribadi setem yang lebih boleh dijual kepada peminat2 setem yang ramai ada di Malaysia. Boleh juga menambahkah pendapatan sampingan. Koleksi setem saya ini akan saya turunkan pulak kepada anak2 saya pulak.

Satu lagi hobi yang lumayan adalah mengumpul duit siling keluaran lama negara. Semalam masa bersembang dengan kakak ipar saya, dia bagi tahu kawannya menjual duit siling tahun 1969 atau 71 dengan harga RM 2000.00 ( lupa tanya nilai duit siling tu). Kini ramai orang sedang mencari duit 5 sen tahun 1971 dan dari sumber yang tak tahu betul ke idak..ada yang berminat untuk beli dengan harga RM 2000 lebih.

Dalam simpanan saya, saya ada menyimpan duit siling RM 1 dan RM 5 tahun 1971. Tapi saya tak berminat untuk menjualnya kerana ia sebenarnya koleksi simpanan arwah bapa saya. Jadi saya kena simpan sebagai koleksi peribadi saya. Sapa yang berminat tu hanya boleh gigit jari jelah ye...sebab ianya bukan untuk DIJUAL.

Jadi kepada teman2 yang tengah mencari hobi baru boleh mencuba hobi ini. Bagi saya, daripada kita membuang masa melakukan perkara2 yang tidak  faedah eloklah dipupuk minat ke arah hobi mengumpul setem dan siling lama ni. Boleh juga mendatangkan pendapatan lumayan pada anda satu hari nanti. Pupuklah minat ini kepada anak2 kita terutama di masa cuti sekolah ini.

Oklah saya rasa sampai sini dulu coretan hari Isnin kali ini. Jumpa lagi dikeluaran lain pula ye.


 

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook