TeRimA KaSiH DaUn KeLaDi

8:11 PTG

Salam kepada semua tema2 blog.

Terima kasih daun keladi.....Tahun hadapan buat lagi....

JURULATIH TERUNGGUL MALAYSIA

PIALA IDAMAN MALAYSIA

WIRA - WIRA MALAYSIA

                                                    Pasukan Terbaik Malaysia
Segulung Tahniah di ucapkan kepada wira Malaysia di atas kemenangan bergaya di  Indonesia...Walaupun kalah 2-1 tapi Piala AFF Suzuki tetap menjadi milik MALAYSIA berdasarkan kemenangan besar di Malaysia 3-0.  Seperti yang telah diduga bahawa MALAYSIA BOLEH.

Sepanjang menyaksikan perlawanan  tersebut, hati saya sebagai rakyat Malaysia dan peminat Bola Sepak tanah air amat bangga dan berbesar hati menyaksikan satu perlawanan yang sungguh mantap antara kedua2 negara, tapi yang pasti saya amat berbangga dengan pasukan bola sepak negara yang mempamirkan permainan yang sungguh memberangsangkan dan penuh dramatik. Paling ingati apabila penjaga gol Malaysia mampu menahan dari dibolosi semasa sepakan panalti Indonesia....Cayalah beb....Sapa sangka Malaysia mempunyai penjaga gol yang terbaik kini. Akhirnya, Malaysia mampu melahirkan pasukan bola sepak pelapis yang mantap. Tahniah juga kepada jurulatihnya yang sentiasa positif dan memberi peluang kepada pasukan muda untuk menerajui perlawanan kali ini.

Kepada pasukan dan rakyat Indonesia...terimalah kekalahan ini dengan hati terbuka. Adatlah setiap perlawanan mesti ada menang dan kalah...terimalah dengan reda dan jangan salahkan satu sama lain. Jangan jadikan isu pancaran leser penyebab kekalahan anda....terimalah kekalahan ini kerana pertahanan pasukan anda goyah masa itu. Pasukan anda juga hebat cuma tahun ini bukan menjadi rezeki negara kalian. 

Bagi Pasukan Bola Sepak Malaysia jangan terlalu teruja dan terlalu berbangga dengan kemenangan ini kerana perjalanan anda masih jauh dan banyak lagi kejohanan yang akan anda tempuhi. Jadikanlah kemenangan ini satu motivasi kepada anda semua untuk terus melakar kejayaan demi kejayaan di kejohanan2 besar akan datang. Berikan sedikit cahaya kegembiraan kepada peminat2 bola sepak yang sentiasa menyokong anda dan harumkanlah nama MALAYSIA di persada dunia.

Tak lupa ucapan terima kasih kepada pemimpin tertinggi negara kita yang telah memberi cuti umum pada 31/12/2010 (JUMAAT) sempena kejayaan pasukan bola sepak membawa pulang piala AFF SUZUKI ke MALAYSIA.

"TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK NEGARA"

"SAYA BANGGA MENJADI ANAK MALAYSIA"

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook