LiDaH KeLu SeMaSa AzAn

7:14 PTG

Asslamualikum....dan salam sejahtera kepada teman2 blog..



Hari ini tazkirah pagi di pejabat adalah mengenai "Jangan Bercakap Semasa Azan Berkumandang". Dalam penyataan tersebut kita di minta agar tidak bercakap atau membuat bising semasa azan berkumandang kerana semasa sakaratul maut sesiapa yang suka bercakap atau membuat bising semasa azan berkumandang akan menyebabkan lidah kita menjadi kelu dan kita susah untuk mengucap dua kalimah syahadah. Sebab itu kadang kala bila kita melihat orang yang tengah nazak tidak dapat menuturkan kalimah Allah pada saat akhir hidupnya walaupun berulang2 kali kita mengajarnya untuk mengucap. Sedang kita sendiri tahu bahawa sesiapa yang di akhir hidupnya dapat mengucap dua kalimah syahadah Allah telah menjanjikan syurga baginya.

Kadang2 manusia ini mudah lupa...sedang kita kalau mendengar nyayian Lagu Negaraku boleh pulak kita berdiri tegak dan berdiam diri...jadi kenapa semasa azan berkumandang kita tidak dapat melakukan sedemikian. Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah 'Lailahaillallah..." Harapkan ilmu yang sedikit ini dapat dikongsi bersama dan semoga kita sentiasa dirahmati oleh Allah. amin

Dikesempatan ini juga saya ingin mengambil peluang mengucapkan salam takziah kepada teman di office iaitu Puan Norliana Mat Ludin yang telah kehilangan dua orang adik yang telah menggalami kemalangan jalan raya di Terengganu dan seorang lagi masih koma. Semoga roh kedua adiknya dicucuri rahmat dan kepada adiknya yang masih koma akan cepat sembuh. Setiap yang berlaku ada rahmatnya dan semoga beliau dan keluarganya tabah menghadapi dugaan Allah yang maha besar ini.

salam.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook