TIP2 KECANTIKAN

7:13 PTG

Salam rakan2 blog...

Pagi jumaat ni nak celoteh sedikit mengenai kecantikan. Ramai wanita zaman moden ini amat mementingkan kecantikan diri samada kecantikan luaran atau dalaman dan amat sinonim dengan dunia wanita hari ini.

Terdapat banyak tip2 yang diberikan oleh konsultan kecantikan dan antaranya saya ambil dari majalah sajionline untuk dikongsi bersama rakan2 blog. Semoga dengan tip2 dan panduan ini dapat memberi sedikit ilmu kepada semua rakan2 blog yang melayari blog saya. Tq banyak2 sesiapa yang melayari blog saya ini.


Tip 1

Menyegarkan kulit wajah


BAHAN-BAHAN:

Epal hijau
Air batu


CARA-CARA:

1. Cuci dan potong nipis epal hijau.
2. Kemudian, rendamkan epal tadi di dalam air batu selama 5 minit.
3. Setelah itu, letakkan di muka dan biarkan selama 15 minit.
4. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia juga
    boleh melicinkan kulit
Tip 2

Menghilangkan bintik hitam


BAHAN-BAHAN:

1 biji telur (ambil putihnya)
1 sudu teh perahan limau nipis


Kapas muka


CARA-CARA:

1. Campurkan air perahan limau nipis ke dalam putih telur.
2. Kemudian, ambil beberapa helai kapas muka, dan rendamkan di dalam
    bancuhan tadi
3. Setelah itu, lekatkan kapas tersebut pada dahi, hidung, pipi dan dagu.
4. Biarkan sehingga kapas kering.
5. Setelah kering, tarik kapas secara perlahan-lahan dan lihat hasilnya.

Tip 3

Melebatkan rambut


BAHAN-BAHAN:

3 sudu minyak sapi
Tuala

CARA-CARA:
1. Mula-mula, lumurkan minyak sapi ke seluruh kulit kepala
2. Kemudian, bungkus kepala dengan menggunakan tuala yang kering
3. Biarkan ia semalaman
4. Keesokannya, bilas rambut anda sehingga bersih
5. Untuk hasilnya, amalkan petua ini 2 minggu sekali

Dan terdapat juga tip2 dari negara seberang seperti tertera di bawah :-
 
Bosan dengan produk perawatan kecantikan yang itu-itu saja? Hmm...mengapa tidak berpaling ke cara tradisional. Tips yang satu ini adalah tips kecantikan ala wanita Jepang.

Perempuan-perempuan di Jepang ternyata punya 'jurus' tersendiri untuk merawat tubuhnya. Dan Bahan-bahan yang digunakannya pun juga tergolong sederhana. Hanya perlu beras ketan dan kain untuk bisa meniru perawatan ala wanita Jepang ini. Caranya juga simpel saja. Pertama masukkan beras ketan dalam kantong yang terbuat dari kain satin atau katun. Lalu, tumbuk perlahan-lahan beras tersebut hingga halus. Tapi awas, jangan sampai kantong menjadi rosak dan menyebabkan beras jadi berhamburan kemana-mana.

Setelah beras dirasa sudah cukup halus, celupkan kantong tersebut ke dalam air hangat. Diamkan selama beberapa minit, atau hingga air berubah menjadi seperti air susu. Setelah usai, usapkan kantong ke wajah secara merata, dan diamkan hingga 2 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air dingin. Nah, setelah perawatan selesai, janganlah buang kantong tersebut. Gantung kantong itu di tempat kering dan jauhkan dari sinar matahari. Pasalnya, tumbukan beras ini bisa untuk dipakai hingga 2-3 kali pemakaian.

Diharap dengan beberapa tip ringkas ini dapat membantu teman2 blog yang mempunyai masalah2 diatas. SELAMAT MENCUBA!!!!!!!

bye jumpa lagi............



























You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook