TaZkIrAh PaGi JuMaAt

7:07 PTG

Salam kepada teman2 blog....semoga ceria dan sihat2 di pagi hari Jumaat ini.

Pagi in kami di pejabat mendengar tazkirah pagi dimana tazkirah pagi ini membuatkan saya terpanggil untuk berkongsi sedikit maklumat bagi semua umat islam di dunia ini.Tazkirah yang ingin dikongsi bersama teman2 adalah mengenai musuh umat islam iaitu Mengenali Musuh :Yahudi, Bani Israel dan Zionis.

Inti patinya adalah mengenai kejahatan kumpulan tersebut kepada umat islam didunia dan hasrat mereka untuk menakluki negara2 Islam dengan melakukan pelbagai kekejaman seperti pembunuhan, seksaan dan pelbagai lagi penganiayaan yang telah mereka lakukan terutama kepada rakyat Palestin.

MENGENALI MUSUH SEBENAR



Islam adalah agama yang membawa rahmat ke seluruh alam. Sebahagian orientalis dan musuh Islam cuma mewujudkan imej yang kandungan al-Quran itu menganjur permusuhan mutlak kepada orang Yahudi dan non-Muslim yang lain. Lalu mereka datangkanlah beberapa potong ayat atau tafsiran ayat al-Quran, seperti ayat ketujuh daripada surah al-Fatihah yang menyatakan bahawa orang yang dimurkai itu merujuk kepada Yahudi, dan orang yang sesat itu merujuk kepada penganut Kristian.


Adalah tidak tepat kalau kita masuk ke dalam jerat musuh ini. Sekiranya diperhatikan di dalam al-Quran dan al-Sunnah, maka kita akan dapati bahawa Islam tidak pernah mengajar kita bermusuh secara mutlak kepada non-Muslim termasuklah juga bangsa Yahudi. Nabi sendiri pernah berkahwin dengan Safiyyah binti Huyai, seorang puteri kepada pemimpin Yahudi di Madinah. Islam juga membenarkan kita makan daging sembelihan Yahudi, menggambarkan betapa rapatnya hubungan kita dengan mereka. Selain itu, wanita mereka juga boleh dinikahi. Islam juga menganjurkan kita melakukan urus niaga perdagangan dengan mereka, sehinggakan ada satu bab khusus di dalam Sahih Bukhari bertajuk ‘Bab Berurusniaga Dengan Musyrik dan Yahudi’.


Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memusuhi kemanusiaan. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang memandang hina bangsa selain Yahudi yang dipanggil Goyem oleh mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang merampas tanah milik orang Palestin termasuklah tanah waqaf seinci demi seinci demi cita-cita politik mereka. Yang menjadi musuh kita, ialah bangsa Yahudi yang menghalalkan pertumpahan darah orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua yang tidak berdosa demi haloba perjuangan mereka.


Itulah yang diperjuangkan oleh pergerakan Zionisme. Kini, simbol Zionisme itu disemat erat di dalam bendera negara haram Israel.


Kita sebagai umat Islam di akhir zaman hendaklah kuat dari segi jihad untuk terus mempertahankan islam dari terus dihina dan cuba sedaya upaya mempertahankan negara2 islam yang  lain dari taklukan Yahudi latnatullah ini. Kita harus bersatu hati dan bergabung dengan negara2 Islam yang lain untuk terus mempertahankan agama islam yang merupa agama suci bagi semua umat di dunia walaupun terpaksa mengadaikan nyawa kepada musuh Allah ini. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk dan rahmat kepada kita semua.Dengan jihad fisabillah ini akan memberikan kita mati syahid di dalam memperjuangan agama dari kita mati dalam kekufuran.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook