MALAYSIA BUMI BERTUAH

1:03 PG

salam buat teman2 seperjuangan.....

Hari ini nak celoteh sikit mengenai kehidupan kita di bumi Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia saya merasakan kita amat bertuah hidup di negara yang aman dan damai ini. Seharusnya kita semua harus bersyukur bahawa kita adalah RAKYAT MAlAYSIA.

Saya terpanggil untuk menyatakan betapa betuahnya kita menjadi rakyat Malaysia selepas membaca kisah rakyat Kemboja iaitu Melayu Cam di akhbar Berita Harian hari ini.

Rata2 rakyat kita di Malaysia masih hidup dalam keadaan yang baik dan masih lagi mampu mencari pelbagai kerja untuk mencari nafkah untuk keluarga. Rakyat yang susah masih terbela kehidupan dengan mendapat bantuan dari badan2 NGO, Kerajaan maupun orang perseorang yang mampu memberi sedikit sumber kewangan bagi menampung kehidupan mereka. Rakyat di Malaysia masih mampu dan mempunyai pekerjaan yang baik bagi menampung kehidupan keluarga dari segi makan minum, tempat tinggal dan sebagainya.

Bagaimana dengan kehidupan rakyat Melayu Cam di Kemboja yang rata2 bekerja sebagai petani. Kehidupan mereka begitu daif sekali tanpa mendapat bantuan dari Kerajaan Kemboja. Walaupun bertani tapi tidak memungkinkan mereka mampu hidup senang memandangkan keadaan cuaca menyebabkan hasil pertanian mereka habis musnah dilanda banjir maupun kemarau.

Mereka hanya mampu makan nasi bubur sekali sehari dengan berlaukkan ikan sungai dengan sayur timun, labu terung maupun kangkung. Sedang kita di Malaysia makanan kadangkala terbuang begitu sahaja. Anak2 yang bersekolah hanya mampu diberi belanja 3 sen sedangkan rata2 anak kita mendapat duit belanja lebih dari  RM 3.00 sehari.

Kita di sini rata2 mempunyai bekalan air dan api di setiap rumah sedangkan mereka masih menggunakan perigi serta tidak pernah menikmati bekalan air bersih dan elektrik.Di musim kemarau air perigi akan kering kontang dan terpaksa mengorek perigi baru sehingga berbelas-belas meter untuk mencari sumber air baru. TV jauh sekali untuk ditonton dan kalau adapun hanya TV hitam putih. Cuba teman2 bandingkan kehidupan kita bagaimana...setiap penjuru rumah rakyat malaysia rata2 mempunyai TV warna pelbagai jenama.Mewahkan kehidupan kita?

Rakyat Melayu Cam yang beragama islam juga susah hendak mendapat bekalan makanan yang halal dan kebanyakkan makanan diimport dari Thailand, Vietnam dan China. Kalau adapun di pasaraya mereka itupun di Phnom Penh terdapat sedikit makanan halal dari Malaysia seperti biskut dan iar tin.

Dari segi pendidikan agama islam, masih ramai dari kalangan mereka yang masih tidak tahu mengucap (khalimah Syahadah) dan tidak tahu sembahyang. Bagaimana anak2 ini hendak mengucap atau solat sedangkan ibubapa mereka sendiri adalah jahil. Inilah ancaman paling  serius kepada ketahanan jati diri dan sahsiah Melayu Cam. Berbanding dengan kita di Malaysia...Kerajaan telah menyediakan banyak sekolah agama kepada anak2 kita dan kita juga mudah untuk mencari ilmu agama dari pelbagai institusi agama yang ada di Malaysia.Syiar Islam sentiasa hidup di negara kita. Beruntungnya kita....


Begitu sedikit cerita di negara seberang...kalau hendak dihuraikan banyak lagi kesusahan yang menimpa rakyat Melayu Cam yang kini hampir tujuh bulan di landa kemarau.

Bertuah sungguh kita dapat hidup dibumi Malaysia....oleh itu kita sebagai rakyat MALAYSIA harus mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara kita dari anasir2 jahat yang mahu melihat kejatuhan Malaysia.

Jadilah Rakyat Malaysia yang sejati!!!


You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook