TiP2 KeBaHaGiAn SuAmI IsTeRi

8:44 PTG

Salam teman2 blog semua.....hari ni kita bertemu lagi di laman blog saya yang tak seberapa ini. Bagi pihak saya amat mengalukan2kan kehadiran teman2 untuk bersama2 berkongsi idea dan berterima kasih kepada semua teman2 blog yang masih setia dan sudi menjegahkan diri ke laman hafizah_teratakdesa.blogspot.com.TQ banyak2.

Isu yang ingin saya kongsi bersama teman2 adalah mengenai tip2 kebahagian pasangan suami isteri. Seperti yang kita selalu baca....kini bencana dan keruntuhan institusi rumah tangga di Malaysia semakin meningkat. Kenapa jadi begitu? Apakah kita yang salah kerana tidak menghayati apa tujuan sebenar kita berumah tangga !!!!! Setiap persoalan dan masalah perlu dicari agar ianya tidak terus menerus menjadi racun dan becana dalam rumahtangga yang sepatut dipertahankan sehingga akhir hayat kita.

Disini saya ingin menitipkan sedikit tip2 yang boleh kita praktikan dalam melayari rumahtangga agar terus bahgia : Antaranya adalah seperti dibawah dimana ianya diambil dari Portal Perkahwinan - http://www.jomkahwin.com/ yang boleh kita ambil sebagai langkah2 pencegahan.

8P Tip kebahagian rumahtangga
1. P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti   diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.



7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.



8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.



Ust. Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

"Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga," katanya.

Sebab Utama Berlaku Penceraian." Rumahtanggaku Aroma Syurga"            
Hasil Nukilan : Fatimah Sham Idris



Menurut JAKIM, faktor utama perceraian berlaku di kalangan pasangan Islam adalah salah faham yang tercetus di mana hal yang kecil dan remeh dibiarkan menjadi hal yang besar dan berlarutan sehingga menyebabkan pertengkaran.

Namun sebenarnya bukan itu sahaja, perasaan ego, tidak mahu mengaku kalah dan beranggapan diri di pihak yang betul adalah juga penyumbang keruntuhan sesebuah rumahtangga.

Memang tidak dapat dinafikan semasa bercinta dahulu, segalanya indah. Yang pahit dirasa manis, yang jelek dilihat cantik. Makan tak lalu, tidur tak lena dan mandi pun tak basah. Sehari tak jumpa, dirasakan bagai setahun. Begitulah perumpamaan yang diberikan kepada orang yang dilanda tsunami cinta. Segala yang terbayang hanyalah keindahan…

Itu dahulu, sebelum berkahwin… Kini, apabila sudah tinggal sebumbung, serumah, orang yang dahulu adalah orang yang tersayang kini bertukar menjadi jembalang di depan mata, perasaan cinta pun dah melayang. Yang ada hanyalah perasaan menyampah. Cinta dan sayang entah ke mana…

Situasi ini mungkin setiap orang pernah alami lebih-lebih lagi jika berlaku perselisihan atau pertengkaran dalam rumahtangga. Keadaan boleh menjadi lebih parah apabila hal ini dibiarkan berterusan dan salah seorang tidak mahu mengaku kalah. Inilah juga yang boleh menjadi faktor kehancuran mahligai yang telah dibina.

Semua ini adalah asam garam hidup berumahtangga. Bak kata pepatah, “Bumi mana tidak ditimpa hujan, pokok mana tidak bergoyang.”

Pasangan yang sentiasa mempamerkan kebahagiaan dan keharmonian juga pasti pernah dilanda saat-saat getir dan genting.

"Rumahtanggaku Aroma Syurga" 
 
Apakata teman2 cuba beli dan baca buku ini:-        
 
 
Mungkin dengan membaca buku tulisan beliau ini akan dapat membantu kita mencipta kebahgian yang hakiki dalam hidup berumahtangga...apa2pun selamat membaca dan harapan agar semua rakan2 akan sentiasa tabah menghadapi dugaan yang Allah titipkan pada kita. Setiap musibah ada kebaikan dan hikmah yang kita tidak tahu.
 
 
Assalamualaikum....dan jumpa lagi.





You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook