DaH LaMa TaK KeUdArA

8:18 PTG

Asslamualaikum....dan salam sejahtera...

Rasa masih belum terlambat nak ucapkan selamat berpuasa kepada teman2 blog yang dah agak lama tidak berhubungan.

Alhamdulillah .....saya telahpun selamat melahirkan anak perempuan pada 5/8/2010. Walaupun tidak dapat bersalin secara normal dan terpaksa melalui pembedahan tapi semuanya telah selamat. Saya berikan nama kepada baby girl saya dengan nama NUR AISYAH HUMAIRAH BT KHAFIDZ. Semoga anak ini menjadi anak yang solehah.

Walaubagaimanapun, setelah melalui pembedahan saya masih diuji apabila anak saya mengalami sakit kuning...hampir 6 hari saya di tahan di wad hospital Tanjong Karang dan kini masih lagi berulang alik ke klinik kesihatan Tanjong Karang untuk mengambil darah baby...selagi kuningnya tidak baik selagi itulah saya terpaksa membawa baby saya untuk check up. Agaknya ada tak sesiapa yang tahu ubat kepada sakit kuning ni....Ini adalah kali pertama saya mengalami gejala ini kerana 3 orang anak saya memang tidak kena langsung penyakit ini. Ini mungkin dugaan yang harus saya terima. Doakan baby saya akan cepat sembuh. Insyaaalah.

Sempena bulan Ramadhan ini, saya berharap semua teman2 blog dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan semoga kita akan peroleh keberkatan dari Allah.s.w.t. Walaupun tahun ini saya tidak dapat menjalani ibadah puasa sepenuhnya...insyaAllah tahun hadapan kalau panjang umur saya dapat menjalani ibadah puasa dengan sepenuhnya.

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook