CeLoTeH OrAnG MaLaS

11:33 PTG

Salam teman2 blog.....

Minggu ni bukan malas nak tulis dalam blog tapi keadaan masa yang tidak mengizinkan....keadaan dah sarat ni memanglah melelahkan. Tambahan pula semalam baru pi bengkel anjuran pejabat mengenai KPI kakitangan di Integriti.. Sebab2 yang tidak dijangka ini menyebabkan aku rasa letih sangat hingga terlupa untuk tulis blog sendiri.

Hari ni rasanya nak tulis mengenai apa ye!....tumpul pula idea hari ni.....puas ku perah otak mesej apa yang di kongsi dengan teman2 blog tapi tak keluar2 juga.

Dengan khabar kawan2 di office hari pakat nak isi minyak penuh sebab harga minyak nak naik lagi malam ni....betul ke ye....aduh sakit kepala teman kalau khabar ini betul....ingatkan minyak nak turun tapi naik lagilah pulak....parahlah kalau macam ni...dahlah hari2 bawa kereta kat office..tentu perbelanjaan semakin meningkat dan meruncing. Itu belum masuk bayar tol lagi...tak tahulah bila semua ini akan berakhir.

Tengahari pi makan dengan kawan2 di Pantai Dalam, kedai orang Kelantan..fuhyoooo...ramainya...masakan kat situ punyalah banyak hingga rambang mata melihatnya...sebab terlampau banyak akhirnya makan nasi berlauk keli bakar dan ikan masin sepat...sedapnya hingga menjilat jari...harga bolehlah tahan tapi tak kesah janji sedap. Tapi memang sedap pun kalau tak takan ramai yang berpusu-pusu datang menjamu selera kat situ. Sekali sekala bolehlah pi makan..kalau hari2 parah juga...Kalau ada member2 blog yang teringin makanan tenghari yang menyelerakan...datanglah beramai2 kat kedai makan di Pantai Dalam tu...tentu puas hati punya...

Oklah...sampai sini dulu celoteh untuk hari ini...

Kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Boleh kita ketemu lagi

BYE...chau chin chau.....



You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook