8:00 PTG

Salam teman2 blogger,

Dua tiga hari ni tak menulis dalam blog....sibuk sikit minggu ni....hari ni pun ambil cuti 1/2 hari pergi check up di klinik Merbau Sempak dan minggu depan kena pi hospital Sungai Buloh pulak buat check up. Harap2 semuanya ok dan aku dapat bersalin secara normal.

Petang ni kena pulak ambil anak saudara di sekolah agama Jeram kerana sakit mata. Kena bawa dia balik sebab takut berjangkit kat kawan2nya pulak.

Minggu ni sibuk menjahit sulaman manik di baju....insyallah kalau dah mahir nanti bolehlah ambil upah pulak. Sekarang ni buat dulu kat baju sendiri.Dah berpuas hati dengan jahitan kita barulah boleh buat kat baju orang lain pulak. Biasalah kita ni...hidup di KL ni kena ambil peluang untuk mencari duit tapi secara halal le...tak kiralah apa bidangpun janji mendatangkan duit bagi membantu keperluan keluarga. Sekarang ni dah nak masuk bulan puasa...ramailah akan ambil peluang nak buka business biskut raya....orang kata cari rezeki ikut musim. Ingatkan tahun ni nak mula buat business biskut raya tapi terpaksa batalkan kerana aku akan bersalin pada bulan puasa. Kalau panjang umur tahun depanlah pulak baru boleh buat projek tu....sekarang ni tumpukan dulu projek jahit manik di baju....manalah tahu boleh menambahkan pendapatan satu hari nanti.heheheheh.

Selalunya buat business jual kain pasang dan telekung...tapi sekarang ni dah tak larat nak pi jalan TAR  ambil stok. Semenjak dah sarat ni...rasa tak daya nak jalan jauh2. Kawan2 ajak pi SOGO pun rasa malas....kalau tidak pantang di pelawa tentu tak tolak punyalah. Baju raya untuk anak2pun belum beli lagi....rasanya tahun ni anak2 pakai baju lama la pulak...kesian kat anak2 ummi. Nasib baik baju kurung dan baju melayu anak2, embahnya yang tolong jahit. Kalau tak, tidak berbaju barulah anak2 ummi tahun ini.



You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook