EtIKa BeRpAkAiAn WanItA

12:16 PG

Salam kepada kawan2 blog....

Setiap wanita sukakan kecantikan....dari hujung rambut ke hujung kaki akan dijaga dengan sempurna dan rapi agar tampak cantik berseri. Begitulah wanita maupun lelaki sinonim dengan kecantikan terutama cara berpakaian dan perhiasan diri. Pada dasarnya perhiasan dalam erti kata mempercantik diri dan selain diri agar orang lain merasa senang memandang adalah diharuskan.

Perhiasan itu selama mana ianya tidak bertentangan dan berlawanan dengan syara‘ adalah sangat digalakkan dan dituntut dalam Islam. Sebagai contoh, Allah memerintahkan agar manusia memakai perhiasan pada setiap kali pergi ke masjid, firmanNya:

Tafsirnya: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.” Namun begitu, bukan semua jenis pakaian boleh kita pakai tatapi ia bergantung kepada garis panduan hukum syara'. Terdapat garis panduan hukum syara‘ yang menentukan pemaikan terutama pemakaian kepada wanita ISLAM.

ETIKA BERPAKAIAN UNTUK WANITA

Pakaian Wanita:

1. Pakaian yang sesuai dan kemas serta sopan dipakai selari dengan amalan akhlak yang mulia.
2. Pakaian yang dibenarkan adalah seperti berikut:

a) Baju kurung
b) Baju kebaya labuh dan longgar
c) Kemeja berlengan panjang dan berskirt labuh
d) Pakaian kebangsaan mengikut kaum
e) Kasut bertutup
f) Mengenakan perhiasan atau aksesori yang ringkas dan bersesuaian sahaja

Dewasa ini kita banyak dikejutkan dunia artis dimana ramai artis wanita sudah mula menutup Aurat dengan memakai tudung kepala....yang terbaru adalah penyanyi wanita negara RAMLAH RAM...alhamdullilah. Mungkin Allah telah memberikan hidayah kepadanya dan berharap ramai lagi artis wanita yang akan menuruti jejak langkah beliau.

Melihat dari kaca mata Islam, dalam buku “ADAB DAN PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA” karangan Hamidah Mat meletakkan garis panduan menutup aurat iaitu menutup aurat yang ditetapkan , pakaian yang longgar, pakaian yang tidak jarang dan bukan pakaian yang menarik perhatian. Jika seseorang wanita itu berpakaian ketat dan menampakkan bentuk tubuh maka pemakaian tersebut belum memenuhi kehendak syarak. Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa saudaranya, Asmak pernah masuk ke rumah Rasulullah s.a.w dengan pakaian nipis sehingga nampak kulitnya. Rasulullah s.a.w berpaling dan bersabda :

Maksudnya: ” wahai Asmak, sesungguhnya seorang wanita apabila baligh, dia tidak patut memperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini, sambil baginda menunjukkan muka dan kedua-dua tapak tangannya.” Hadis Riwayat Abu Daud.

Perkara ini bolehlah dijadikan kayu ukur untuk wanita yang beragama Islam agar larangan Syarak tidak dilanggar. Nilai wanita bukanlah hanya pada pakaian tetapi pada akhlak dan tingkahlaku, ini kerana etika pakaian juga boleh dikatogarikan dalam akhlak. Sabda Rasulullah s.a.w :

Maksudnya : ” sesungguhnya dunia itu semuanya kenikmatan bersifat sementara. Sebaik-baik kenikmatan dunia adalah wanita solehah.” Hadis Riwayat Ahmad dan juga Muslim, Abu Daud, Al-Tirmizi, Al-Nasaai.

Jelaslah disini bahawa nilai harga wanita bukanlah pada pakaian tetapi pada akhlak yang telah dijelaskan. Kesimpulannya ayuhlah kita sama-sama memperbetulkan etika pemakaian kita agar ianya bertepatan dengan nilai Islam.










You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook