BeRiTa TeRgEmPaR MiNGgU iNi

5:47 PTG

Salam teman2 di pagi Hari Jumaat bersamaan dengan 12hb November 2010

Pagi ini semasa dalam perjalanan ke Pejabat, Radio Sinar FM telah melaporkan berita yang mengejutkan iaitu kehilangan seorang lagi artis tanah air iaitu saudara Syamrin, Fotograf. Rasanya baru minggu lepas beritanya keluar bersama Farah bagi mempromosikan lagu duet mereka Kamu Aku Satu.


Allahyarham, berusia 45 tahun dan difahamkan beliau  mengalami kekejangan otot dan terduduk di padang selepas 15 minit perlawanan persahabatan artis dengan sebuah syarikat insurans di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Dia telah dibawa ke Hospital Perubatan Islam Kampung Baru dan disahkan meninggal dunia di sana sekitar jam 6.40 petang.Jenazahnya akan dikebumikan pagi esok di Tanah Perkuburan Islam SS22, USJ Subang Jaya. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Al-fatihah.




KECOH PASAL GELANG AC

Perniagaan AC Konsortium yang menawarkan gelang yang dikatakan dapat memberikan tenaga dan kesihatan tubuh badan membuatkan Datuk AC Mizal maju dalam perniagaannya. Daripada duta gelang magnet, kini AC sendiri mengusahakannya.

Namun akhir-akhir ini banyak pula perkara negatif yang timbul. Ada yang mengatakan AC bertindak sebagai along (peminjam wang tak berlesen). AC pernah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perniagaannya mengikut saluran yang betul.

Sehingga hari ini masih ada cakap-cakap pasal AC dan perniagaan gelangnya. Ada yang menuduh kononnya AC telah mengaut keuntungan tidak masuk akal daripada produk yang sebenarnya didapati pada harga kos USD25 (RM75) dan kemudian dijual pada harga pasaran lebih RM1,000.

AC ketika diminta mengulas bagaimanapun enggan menyentuh pasalnya malah memberitahu pihaknya sudah membuat laporan polis terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab memfitnahnya.

AC Konsortium dituduh menjerat pengguna yang rata-ratanya terdiri daripada golongan Melayu dengan memberikan janji palsu mendapat pulangan lebih dan ada yang dakwa tidak pernah menerima bonus seperti yang dijanjikan.

Selain itu, AC juga didakwa memalsukan testimonial produk dengan hanya mengambil kenyataan daripada laman web lain dan menjadikannya sebagai bahan testimoni jualannya.


Ditulis oleh: Manggamuda









You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook