CiNtA AgUnG

9:26 PTG

Salam teman2 blog....

Biasa tak melihat AsTRO Oisis di saluran 106...kini saya kerap melihat rancangan2 di saluran tersebut kerana ianya   banyak memaparkan program yang membina insan serta bimbingan mengenai agama dan cerita2 yang menyentuh hati saya sebagai seorang Islam.

Alunan Doa2 harian selepas solat dan bacaan tasbih yang sentiasa menyentuh sanubari, benar2 menginsafkan diri saya. Begitu juga dengan paparan drama2 yang berkualiti dan baik untuk dihayati sekeluarga.

Satu yang amat menyentuh hati bila selepas azan atau selepas paparan program agama akan disusuli dengan lagu KETULUSAN HATI...nyanyian Anuar Zain, memang benar2 menusuk hati saya sebagai hambaNYA. Sebelum ini bila saya mendengar lagu  Ketulusan Hati melalui corong2 radio, dimana sepanjang mendengar lagu itu, saya hayati liriknya macam orang sedang bercinta atau sekadar mendengar kerana melodinya indah....tapi kini bila mendengar lagu itu dengan mata hati, lirik tersebut sentiasa membuatkan saya sebak kerana lagu itu kalau betul2 dihayati bait2 perkataannya sangat menyentuh hati saya dan tanpa sedar saya tidak malu mengeluarkan air mata setiap kali mendengarnya. Bertapa besar dan Agungnya Allah itu dan bertapa kecilnya saya. Cinta dan kasih sayang kita hanya untuk NYA dan tiada apa yang serupa denganNYA didunia ini. Begitulah kalau Allah hendak memberikan kita sebagai umatnya cahaya  Hidayah....sekejap sahaja kita dapat merasakannya. Untuk itu, saya titipkan lirik Indah lagu tersebut agar terbuka hati kita semua untuk menghayati dan seterusnya  membuatkan kita lebih dekat denganNYA.



Ketulusan Hati...

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa

Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati

mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa

Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati

Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu

Kau dengarkan kasihku... ooo


"Tuhan, sesungguhnya segala apa pun bukan urusanku, semuanya kembali kepadaMu, dan seperti yang selalu kututurkan buat meneguh langkahmu, tidak ada satupun di dunia ini yang kita kerjakan menjadi sia-sia selagi ianya terlaksana atas namaMu, dijalanMu dan dalam mencari keberkatanMu."


"Tuhan, bimbinglah aku agar kekal tulus dan berjalan di jalan yang lurus seperti ajakkanMu. Aminnnn..... !





You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook