BiSiKaN HaTiKu.....

11:11 PTG

HATI DAN PERASAANKU

CORETAN KU...........

 
Jika aku fikirkan bercakap itu dapat mendatangkan kegembiraaan ,
Aku akan cakap dengan sepuas hati dan perasaanku.

Jika aku fikirkan membisu itu dapat mendatangkan ketenangan jiwa ,
Aku akan membisu dengan sepuas hati dan perasaanku.

Jika aku fikirkan ketawa itu dapat menghiburkan hati ,
Aku akan ketawa dengan sepuas hati dan perasaanku.

Jika aku fikirkan menangis itu dapat mengubati hati yang luka ,
Aku akan menangis dengan sepuas hati dan perasaanku.


Jika aku fikirkan persahabatan itu dapat eratkan kasih dan sayang,
Aku akan menjalinkan persahabat dengan sepuas hati dan perasaanku.

Jika aku fikirkan bersendirian itu dapat bawa ketenteraman jiwa,
Aku akan bersendirian dengan sepuas hati dan perasaanku.

Jika aku fikirkan marah itu dapat mendatangkan kebaikan padaku ,
Aku akan marah sepuas hati dan perasaanku.

Asalkan semua perbuatan yang Aku fikir dan lakukan itu dapat
menjaga hati dan perasaan diantara Aku dan Dia…….

BY ,
Arin690125.
















 

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook