SeLaMaT HaRi IBu - 9 Mei

8:05 PTG


Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger....

 
Selamat Hari Ibu…. tarikh 9hb Mei 2010 kita semua akan menyambut HARI  IBU.....
Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat semua ibu,ummi, mama,mummy,dan emak samada di Malaysia maupun diluar negara.....

Kapada sesiapa yg masih mempunyai ibu bersyukurlah kerana anda masih lagi boleh memanggil dan merasai kasih sayang mereka..Dan pada yg telah kehilangan kasih sayang mereka ,doa dan ingatan buat mereka yang akan membuat mereka dekat dengan kita. Sedekahkan AlFatihah untuk mereka yg telah pergi dan semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh…amin...

Pagi ni teringat kat ibu di kampung...apa lagi dail telefon, alhamdullilah dapat juga mendengar suara ibu di corong telefon...apa lagi terus mengucapkan Selamat hari Ibu......rasa bersyukur sangat kerana masih berkesempatan untuk mengucapkannya....tak tahu di masa akan datang samada aku masih lagi berkesempatan untuk mengucapkannya atau tidak.....

Amat terharu sebab semalam anakku yang sulung menelifon dan mengucapkan selamat hari ibu.....dan mengatakan bahawa dia telahpun membelikan sesuatu untuk dihadiahkan padaku...begitulah perasaan seorang ibu apabila dirinya diingati oleh anak2.....tapi alangkah hibanya hati seorang ibu .....mempunyai ramai anak tapi tiada siapa yang memperdulikannya.....

Kepada rakan2 sekelian.....sebenarnya hari ibu bukan hanya disambut pada 9hb Mei semata2 tapi mengasihi dan menghormati serta mengingati ibubapa adalah setiap masa selagi nyawa mereka masih ada ....sedangkan setelah mereka meninggal dunia adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai anak yang soleh untuk sentiasa mendoakan agar Allah menempatkan mereka  didalam golongan orang2 yang beriman....serta dimasukkan mereka di SYURGA yang tertinggi sekali.......Ingatlah wahai anak2 bahawa redha dan restu ibu bapa akan membawa keberakahan dalam hidup kita samada di dunia maupun di akhirat....

SeLaMaT HaRi IbU!!!!!!

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook