ReSePi BoNdA - Rendang Daging Pak Kassim

6:17 PTG

Assalamualaikum dan salam sejahtera........

Alhamdullilah saya masih berpeluang untuk menulis coretan untuk hari ini......sekurang2nya coretan yang dititipkan akan memberi sedikit manafaat kepada kita semua.

Apa yang hendak kita bincang hari ini?....buntu memikirkan apakah topik2 menarik yang boleh kita kongsi bersama-sama. Tapi yang pasti jangan lupa untuk menyaksikan perlawan Separuh Akhir Badminton Piala Thomas antara Pasukan China dengan Pasukan Malaysia. Harapan rakyat Malaysia agar pemain2 kita akan bermain bermati-matian untuk melayakan kita ke Perlawanan Akhir seterusnya berjaya menjulang kejayaan untuk merebut Piala Thomas yang sgt2 menjadi kebanggaan.

Berbalik ke topik hari ini.....saya ingin berkongsi satu resepi bondaku...iaitu "RENDANG PAK KASSIM " yang memang sedap dan cepat untuk disiapkan....Setahu saya resepi bonda ku ini diberi oleh kakak sebelah rumah aku yang tersangatlah pandai memasak.....kakak tersebut memang pandai memasak....banyak juga resepi2 lain yang telah diajar oleh beliau kepada bondaku...Tapi untuk kali ini saya titipkan dulu resepi Rendang untuk tatapan semua....lain kali saya titipkan resepi yang lain pula....

ReNdAnG PaK KaSsIm

Bahan2nya


500 gram daging (dipotong nipis tapi agak lebar sedikit)
7 biji bawang merah (kecil)
4 biji bawang putih
halia
2 sudu kicap
2sudu cili boh
1 sudu rempah kari (kalau suka)
daun kari 3 tangkai
bunga lawang dan kayu manis
pati santan (kalau suka)
garam, gula secukup rasa


Cara2nya


Daging diperap dengan cili boh, kicap,bawang yang telah di tumbuk halus dan rempah kari.....(perap 1 jam)
Tumiskan bunga lawang, kayu manis dan daun kari
masukkan daging ...jgn masukkan air dahulu....
masak sehingga pekat dan sekiranya ingin berkuah campurkan sedikit air atau santan....
biarkan api pelahan .....sebelum hampir masak potong bawang besar dan cili merah dan masukkan kedalam masakan tadi.....setelah masak siap untuk dimakan


Boleh dimakan bersama nasi maupun roti nan atau roti jala


Selamat Mencuba......

You Might Also Like

0 ulasan

SUBSCRIBE

Like us on Facebook